Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk Simanggang kekal patuh SOP
  • TEMPATAN

Penduduk Simanggang kekal patuh SOP

Utusan Sarawak 3 years ago
BERTUGAS… Pasukan Task Force melakukan pemantauan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard bagi Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara di salam sebuah premis perniagaan sekitar Bandar Simanggang semalam.

SIMANGGANG: Pemilik premis, pekerja dan orang ramai sekitar Bandar Simanggang masih kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun Sarawak sudah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 3 Januari lepas.

Perkara ini dipastikan Pasukan Bertindak Khas (Task Force) semasa melakukan operasi pemantauan bagi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) SOP PPN terhadap sembilan premis perniagaan di sekitar Daerah Sri Aman semalam.

Sembilan premis itu adalah KFC Sri Aman, Hoover Trading, Central Coldstorage, Borneo Food Court, OK Office & School Suppliers, JF Time & Studio, KHK Corporate, Golden Auto Accessories Service Centre dan Merrill Ceramic Trading.

“Pihak Task Force berpuas hati terhadap tahap pematuhan SOP oleh pemilik premis, pekerja dan orang ramai walaupun Sarawak sudah melangkah ke Fasa 4 PPN semenjak Isnin lepas.

“Kita berharap agar mereka terus membiasakan diri dengan norma baharu ini untuk mengekang penularan pandemik Covid-19,” kata Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim.

Pada operasi pemeriksaan itu, pihak Task Force turut memberi galakan kepada orang ramai untuk kekal mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka ketika berkunjung tempat tumpuan ramai.

“Orang ramai juga dinasihat agar sentiasa melakukan imbasan kod QR MySejahtera dan suhu badan ketika memasuki premis serta mengamalkan pencucian tangan dengan cecair pembasmi kuman selepas selesai berurusan.

“Amalkan langkah ini sebagai pencegahan diri daripada jangkitan Covid-19. Lagi pun ia mungkin dapat membantu kita mengawal penularan Covid-19 jika muncul kluster baharu di sesuatu lokasi kelak,” ujar Siti.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Kemenangan GPS sokongan padu pengundi
Next: Sentiasa peka, berwaspada terhadap banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.