Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Sibu, Kapit diingatkan patuhi arahan berpindah segera
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk Sibu, Kapit diingatkan patuhi arahan berpindah segera

Utusan Sarawak 2 months ago
SEHINGGA pagi ini, beberapa kawasan rendah, terutamanya di tebing sungai mengalami kenaikan paras air akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar.

SIBU: Penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai di bahagian Sibu dan Kapit diingatkan supaya mematuhi arahan untuk berpindah segera sekiranya penempatan mereka dilanda banjir bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie, berkata pihaknya kini sedang menjalankan operasi pemantauan dan penyelamatan di kawasan terjejas.

“Sehingga pagi ini, beberapa kawasan rendah, terutamanya di tebing sungai mengalami kenaikan paras air akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar.

“Penduduk di kawasan rendah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah jika diminta,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, pemantauan mendapati paras air di beberapa sungai utama masih tinggi dan pihak bomba bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

JBPM Sarawak akan terus memantau perkembangan banjir dan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Orang ramai disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui saluran rasmi JBPM Sarawak, pihak berkuasa tempatan atau menghubungi talian kecemasan 999 untuk sebarang bantuan segera. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 93 murid ceria dapat duit Raya
Next: JKKK Taman Harmoni agih bubur pedas kepada penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.