Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Selangau bakal nikmati akses lebih baik melalui projek RTP 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk Selangau bakal nikmati akses lebih baik melalui projek RTP 2025

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEMBINAAN laluan ke tanah perkuburan bagi memudahkan urusan pengebumian penduduk kampung di sekitar Selangau. Foto DUN N.59 Tamin

SELANGAU: Penduduk Selangau bakal menikmati akses jalan yang lebih baik apabila Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 dilaksanakan bagi membina laluan ke tanah perkuburan di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang berkata, projek berkenaan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

“Saya berharap kesukaran rakyat menguruskan pengebumian akan berkurangan selepas adanya jalan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Dayak Selangau, Dali Merawing berkata projek itu memberi kelegaan besar kepada penduduk kerana mereka sebelum ini berdepan kesukaran menggunakan laluan berkenaan terutama pada musim hujan.

“Pembinaan jalan ini amat bermakna kerana ia memudahkan urusan masyarakat mengiringi dan menguruskan pengebumian.

“Kami menghargai keprihatinan Christopher Gira Sambang dalam meluluskan peruntukan projek ini,” katanya.

Projek RTP itu dijangka turut memberi manfaat kepada penduduk kampung sekitar selain meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar di kawasan Tamin.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 760 anak pokok ditanam di Hutan Simpan Sabal
Next: Prestasi kewangan Sarawak terus kukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.