Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk sambut baik Program Imunisasi Covid-19
  • TEMPATAN

Penduduk sambut baik Program Imunisasi Covid-19

Utusan Sarawak 4 years ago
TUNGGU GILIRAN… Penduduk sedang menunggu giliran pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di PPV Dewan Sri Pantu, Pekan Pantu pagi semalam.

PANTU: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa 2 yang berlangsung di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu  nyata mendapat sambutan amat memberangsangkan daripada penduduk dari sekitar kawasan ini.

Ia terbukti apabila seramai 800 penduduk dari sekitar kawasan ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 semenjak bermulanya program fasa kedua itu di sini bermula Sabtu lepas hingga semalam (Isnin).

Utusan Sarawak ketika hadir di PPV di Dewan Sri Pantu pagi semalam dimaklumkan oleh sumber bahawa seramai 250 individu layak menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama perlaksanaan program berkenaan.

Hari kedua perlaksanaan program itu di PPV itu juga menyaksikan seramai 250 individu hadir bagi tujuan suntikan vaksin tersebut sebelum angka berkenaan meningkat kepada 300 individu semalam.

“Angka ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya kesedaran dalam kalangan penduduk luar bandar Sri Aman untuk melindungi nyawa diri sendiri dan ahli keluarga daripada dijangkiti Covid-19.

“Kita berharap agar angka ini terus meningkat sejajar dengan usaha kerajaan untuk melipatgandakan pemberian suntikan vaksin Covid-19 ini bagi Bahagian Sri Aman,” kata sumber di lokasi.

Bagaimanapun PPV Dewan Sri Pantu kata sumber telah mengalami kesesakan pada hari pertama dan kedua perlaksanaan program itu sebelum keadaannya menjadi lebih reda semalam.

“Kami menasihat penduduk agar tidak terlalu tergesa-gesa untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di dewan ini kerana program fasa kedua ini akan berakhir pada 30 Jun ini atau disambung ke bulan Julai ini.

“Rancang masa yang sesuai untuk hadir ke dewan ini bagi menerima suntikan vaksin tersebut demi mewujudkan keadaan lebih selesa sepanjang perlaksanaan program ini di PPV Dewan Sri Pantu,” kata sumber.

Tinjauan lanjut mendapati perlaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa 2 di PPV tersebut berjalan lancar dengan vaksin jenis Sinovac digunakan bagi tujuan itu di situ.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: 62 TAHUN SUPP DALAM POLITIK SARAWAK
Next: Elak datang terlalu awal untuk vaksinasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.