Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Rumah Sagoh kini nikmati akses lebih selamat menerusi jambatan gantung baharu
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk Rumah Sagoh kini nikmati akses lebih selamat menerusi jambatan gantung baharu

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Majang Renggi berucap pada majlis perasmian Jambatan Gantung Pengkalan Selangan di Rumah Sagoh Muyan, Nyalau.

BINTULU: Penduduk Rumah Sagoh Muyan di Nyalau kini menikmati kemudahan perhubungan yang lebih selamat dan lancar apabila Jambatan Gantung Pengkalan Selangan siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi berkata, projek bernilai RM1.369 juta itu memberi manfaat langsung kepada komuniti rumah panjang berkenaan yang sebelum ini bergantung kepada perahu untuk menyeberangi Sungai Nyalau.

KETIBAAN Dato Majang Renggi serta isteri, Datin Evelyn Ensanggai disambut penuh mesra oleh penduduk Rumah Sagoh Muyan.

Menurut beliau, keadaan tersebut bukan sahaja menyukarkan pergerakan harian, malah turut mengundang risiko terutama ketika musim hujan dan paras air meningkat.

“Dengan adanya jambatan ini, penduduk Rumah Sagoh kini mempunyai laluan lebih selamat untuk ke sekolah, klinik serta menjalankan aktiviti harian termasuk ke kebun,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian jambatan berkenaan di Rumah Sagoh Muyan semalam.

DATO Majang Renggi menerima cenderamata daripada Tuai Rumah Sagoh Muyan.

Jambatan tersebut dibina menerusi peruntukan Dana Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (LKWKKH) dan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Bintulu dengan penglibatan kontraktor tempatan.

Projek itu bermula pada 8 Februari 2024 sebelum siap sepenuhnya pada 14 Februari 2025.

Dalam pada itu, Majang berkata kemudahan tersebut turut dijangka merancakkan lagi perkembangan sosioekonomi penduduk Rumah Sagoh serta kawasan sekitarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju itu turut mengingatkan penduduk agar menjaga kemudahan yang disediakan supaya dapat dimanfaatkan dalam jangka masa panjang.

Turut hadir, Pemangku Pegawai Daerah Bintulu, Suzana Indiat, Jurutera Jabatan Kerja Raya Bahagian Bintulu Ir. Lau Sie Hung serta penghulu dan ketua kaum kawasan sekitar.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat Kampung Pangtray meriah, sembilan NGO berganding bahu menjayakannya
Next: 32 NGO di Parlimen Sarikei terima peruntukan MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.