Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk Rumah Rimong jalani ujian calitan
  • TEMPATAN

Penduduk Rumah Rimong jalani ujian calitan

Utusan Sarawak 4 years ago
UJIAN CALITAN… Ujian saringan kepada semua penduduk Rumah Rimong Roy Edward Entalai, Selindong Ulu Engkilili di Sri Aman, semalam.

SRI AMAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sri Aman telah melakukan ujian saringan kepada semua penduduk Rumah Rimong Roy Edward Entalai, Selindong Ulu Engkilili dekat sini semalam.

Ia berikutan terdapat seorang wanita di rumah panjang tersebut yang dikenal pasti positif Covid-19 pada Rabu lalu dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk pengawasan rapi.

Justeru, JPBB Sri Aman dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa rumah panjang tersebut akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 Februari hingga 4 Mac depan.

Sepanjang tempoh tersebut, segala pergerakan mereka akan sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa dipatuhi dan mencegah keluar dan masuk orang awam ke kawasan larangan demi mengekang penularan pandemik itu.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: 58.62kg dadah bernilai RM1.87 juta dirampas
Next: Pasar Sentral Sibu tutup hingga 28 Feb

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.