Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk rumah panjang digalak bekerjasama dengan polis tangani ancaman jenayah
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk rumah panjang digalak bekerjasama dengan polis tangani ancaman jenayah

Utusan Sarawak 5 hours ago
KPD Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah bersenam bersama komuniti Rumah Debok, Nanga Dong pada semalam. Foto IPD Julau

JULAU: Penduduk rumah panjang digesa memperkukuh kerjasama dengan pihak polis dalam usaha membanteras jenayah melalui pendekatan kepolisian komuniti yang berkesan, kata Ketua Polis Daerah (KPD) Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah.

Katanya, rumah panjang bukan sekadar tempat tinggal, ia adalah simbol perpaduan, warisan dan kekuatan komuniti setempat.

“Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kita tidak boleh leka.

“Jenayah boleh berlaku di mana-mana, dan pencegahannya bermula dari kesedaran serta tindakan kita bersama di peringkat komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kepolisian Komuniti: Bersatu Memerangi Jenayah yang diadakan di Rumah Debok, Nanga Dong, semalam.

UCAPAN aluan oleh KPD Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah pada Program Kepolisian Komuniti: Bersatu Memerangi Jenayah yang diadakan di Rumah Debok, Nanga Dong. Foto IPD Julau

Tambahnya, program tersebut turut melibatkan pelbagai pengisian termasuk ceramah berkaitan jenayah komersial seperti penipuan dalam talian dan kesalahan trafik oleh pihak polis, selain taklimat penyalahgunaan dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Sarikei.

Selain itu, katanya, Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sarikei turut menyampaikan taklimat berkaitan bahaya merokok dan penggunaan vape, manakala Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor memberikan penerangan mengenai aspek keselamatan kebakaran kepada penduduk setempat.

“Program kita juga turut melibatkan penyertaan dari pasukan Kesihatan Agenda Nasional Malaysia Sihat yang didatangkan khas dari PKB Bahagian Sarikei.

“Pelbagai gerai pameran dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan sepanjang program ini.

AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menerima cenderamata daripada KPD Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah. Foto IPD Julau

“Hari ini, kita berkumpul bukan sekadar untuk mendengar ceramah dan taklimat, tetapi untuk meningkatkan kesedaran diri, memperkukuh semangat kerjasama dan nilai perpaduan sesama kita,” katanya lagi.

Alif menggesa penduduk agar memanfaatkan program seumpama itu sebagai platform berkongsi maklumat dan menyuarakan kebimbangan berkaitan isu keselamatan supaya tindakan pencegahan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan di peringkat komuniti.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Jambatan Sibu–Tebing Barat dijangka jadi pemangkin pembangunan
Next: SMG 2026 himpunkan komuniti permotoran serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.