Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk rumah panjang disaran amalkan prinsip 4K
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk rumah panjang disaran amalkan prinsip 4K

Utusan Sarawak 3 days ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie merasmikan Majlis Kesyukuran 20 Tahun Rumah Panjang Entebar, Batu Lintang Undop semalam. Foto Ahli Parlimen Sri Aman

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie mahu penduduk di rumah panjang di konstituensi itu mengamalkan empat prinsip penting untuk terus maju sebagai komuniti.

Beliau berkata empat prinsip penting yang dikenali sebagai (4K) itu ialah Kepimpinan, Kerjasama, Keprihatinan dan Kehadapan (kemajuan).

Katanya, 4K merupakan kunci kepada keamanan, keharmonian, kesejahteraan dan kemajuan bersama.

“Masyarakat rumah panjang perlu mengukuhkan kesepakatan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Perkara ini adalah elemen penting dalam menjaga keharmonian dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat rumah panjang.

“Sebab itulah saya mahu penduduk di rumah panjang imi mengamalkan empat prinsip penting untuk terus maju sebagai komuniti,” katanya semas berucap merasmikan majlis Kesyukuran 20 Tahun Rumah Panjang Entebar, Batu Lintang Undop di sini semalam.

Rumah panjang tersebut mula dibina pada tahun 2003 dan siap untuk didiami pada 2005. Tahun ini genaplah 20 tahun usia rumah panjang yang juga merupakan rumah panjang Ahli Parlimen Sri Aman itu sendiri.

Majlis dimulakan dengan doa kesyukuran oleh Rev. Fr. Jecksion Tay.

Turut berucap bagi mengalu-alukan tetamu ialah Tuai Rumah Maureen Michael John.

Pelbagai persembahan tradisional, nyanyian oleh artist tempatan dan upacara memotong kek ulang tahun oleh penduduk rumah panjang diantara pengisian majlis tersebut.

“Terima kasih semua yang hadir dan menjayakan majlis ini, semoga Rumah Panjang Entebar, Batu Lintang Undop terus aman, sejahtera, bersatu dan semakin maju,” tambah Doris.

Antara tetamu yang hadir ialah Setiausaha Politik Premier Sarawak, Rosalind Neging, wakil Residen Bahagian Sri Aman, Muhammad Hafiz Kepli, Pemanca Lee Siang Hua serta ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK).

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sikap cuai punca utama kemalangan maut di Miri – Lee Kim Shin
Next: Projek jalan dan jambatan Nanga Ibus siap, hadiah Gawai paling bermakna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.