Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Rumah Digat Kasi bakal miliki rumah panjang baharu menerusi Skim Pinjaman HDC
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk Rumah Digat Kasi bakal miliki rumah panjang baharu menerusi Skim Pinjaman HDC

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENERIMA pinjaman bergambar kenangan sambil memegang dokumen kelulusan pinjaman perumahan HDC di tapak projek pembinaan rumah panjang baharu. Foto Facebook DUN Tamin

SELANGAU: Penduduk Rumah Digat Kasi di Nanga Sebindang di sini kini boleh menarik nafas lega apabila impian mereka untuk memiliki rumah panjang baharu bakal direalisasikan menerusi Skim Pinjaman Perumahan Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC).

Skim berkenaan melibatkan pembinaan 12 unit rumah panjang yang akan dibiayai sepenuhnya melalui pinjaman HDC berjumlah RM600,000, dengan setiap unit menerima pinjaman sebanyak RM50,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang berkata inisiatif itu merupakan antara langkah strategik kerajaan negeri dalam memastikan rakyat luar bandar menikmati kemudahan perumahan yang selesa, tersusun dan selamat.

“Skim ini adalah manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan akses perumahan berkualiti kepada rakyat luar bandar. Kita tidak hanya merancang, tetapi bertindak secara proaktif bagi memenuhi keperluan asas rakyat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi DUN Tamin, pada Rabu.

Menurut beliau, penyediaan tapak pembinaan bagi projek tersebut telahpun dilaksanakan lebih awal menerusi peruntukan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2022, sekali gus membolehkan pelaksanaan pembangunan dijalankan secara terancang dan berfasa.

“Dengan penyediaan tapak yang telah siap, kita yakin pembinaan rumah panjang baharu ini akan berjalan lancar dan memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, termasuk generasi akan datang,” katanya.

Gira turut menegaskan bahawa usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk memperkasakan komuniti luar bandar adalah selaras dengan agenda pembangunan inklusif yang merangkumi seluruh pelosok negeri termasuk kawasan pedalaman.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai peluang promosi pakaian tradisional, perpaduan kaum di Sarawak
Next: Pengerusi MDLBS komited terus berkhidmat walau tempoh hampir tamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.