Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk pesisir Nanga Semah, Sebena terjejas bekalan air
  • WILAYAH

Penduduk pesisir Nanga Semah, Sebena terjejas bekalan air

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHLI Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menghulurkan bantuan bekalan air bersih kepada penduduk terjejas di kawasan Nanga Semah dan Kampung Sabena termasuk di Klinik Nanga Semah, SK Nanga Semah dan SK Sabena. Foto Parlimen Igan

SIBU: Seramai 1,114 penduduk di kawasan Nanga Semah dan Kampung Sabena yang terletak di pesisir sungai, termasuk di Klinik Nanga Semah, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Semah dan SK Sabena, berdepan kesukaran apabila bekalan air bersih terputus akibat musim kemarau sejak kebelakangan ini.

Prihatin dengan keadaan tersebut, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi segera menghulurkan bantuan bekalan air bersih berupa air mineral bagi meringankan beban harian penduduk terjejas.

AHLI Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menghulurkan bantuan bekalan air bersih kepada penduduk terjejas di kawasan Nanga Semah dan Kampung Sabena termasuk di Klinik Nanga Semah, SK Nanga Semah dan SK Sabena. Foto Parlimen Igan

Beliau berkata, masyarakat di kawasan pesisir amat bergantung kepada sumber air bersih dan keadaan kemarau memberi kesan besar terhadap keperluan asas kehidupan.

“Sumbangan bantuan air mineral ini bukan kali pertama dilaksanakan, malah telah beberapa kali disalurkan sebelum ini khususnya ketika musim kemarau,” ujarnya menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini.

AHLI Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menghulurkan bantuan bekalan air bersih kepada penduduk terjejas di kawasan Nanga Semah dan Kampung Sabena termasuk di Klinik Nanga Semah, SK Nanga Semah dan SK Sabena. Foto Parlimen Igan

Tindakan pantas beliau nyata mendapat penghargaan penduduk setempat yang menyifatkan keprihatinan pemimpin yang dekat di hati rakyat sebagai kekuatan dalam menghadapi cabaran kehidupan, khususnya di kawasan pesisir sungai.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak tegaskan rumah inisiatif Mutiara bukan untuk dijual
Next: Projek penggantian paip lama Samarahan termasuk Kampung Baru bakal bermula hujung April ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.