
SIBU: Penduduk di kawasan Permai Jaya di sini diminta supaya berhati-hati dan menjauhi tebing sungai berikutan kemunculan buaya di kawasan berkenaan.
Kehadiran reptilia itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk, khususnya mereka yang sering menjalankan aktiviti berhampiran sungai.
Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengawasi pergerakan kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Penduduk juga diminta mengutamakan keselamatan serta mengelakkan sebarang aktiviti di kawasan tebing sungai sehingga keadaan kembali selamat.
Oleh Tarani Lanting