Penduduk perlu berhati-hati dengan kawasan tanah runtuh di Bukit Kota Limbang

Facebook
WhatsApp
TANAH RUNTUH…kelihatan kawasan tebing Bukit Kota runtuh dalam sungai Limbang.

LAWAS: Susulan hujan berterusan dan banjir kilat yang melanda daerah Limbang, satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan berbukit di Kampung Bukit Kota, Limbang, petang ini.

Ketua Balai Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan, menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya berhati-hati ketika meninggalkan kediaman mereka.

JAUHI KAWASAN…Ramlan ketika ditemui media di Limbang turun padang memantau perkembangan kejadian tanah runtuh di Bukit Kota.

Menurut beliau, pergerakan tanah masih berlaku dan setakat ini tiga rumah telah dikenal pasti berada dalam laluan pergerakan tanah tersebut.

Pihak bomba bersama agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah memindahkan penduduk terjejas ke kawasan selamat, termasuk kediaman jiran dan saudara mara.

PANTAU…berbagai agensi penyelamat turun padang memastikan keselamatan awam tidak terjejas.

Beliau menambah, pihak bomba dan agensi terbabit terus memantau situasi di lokasi kejadian bagi memastikan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Oleh Adeng Edrus