Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Paradom Tanjung Kunyit lega, projek baik pulih jalan siap sepenuhnya
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk Paradom Tanjung Kunyit lega, projek baik pulih jalan siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 7 hours ago

SIAP SEPENUHNYA…. Jalan simen bersebelahan Gereja Sang Ik Methodist telah siap untuk digunakan oleh penduduk.

SIBU: Penduduk di kawasan Paradom Tanjung Kunyit di sini menarik nafas lega apabila projek baik pulih jalan simen bersebelahan Gereja Sang Ik Methodist siap sepenuhnya baru-baru ini.

Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie mengetuai lawatan bersama pasukannya ke lokasi terbabit untuk meninjau serta membuat penilaian terhadap hasil kerja yang telah dilaksanakan.

Menurut Lau, jalan yang terletak antara dua jambatan itu merupakan laluan penting bagi penduduk dan pernah mengalami kerosakan teruk akibat hakisan tanah berhampiran sungai.

“Sebelum ini, dua jambatan asal hanyalah struktur kayu usang yang hanya sesuai dilalui motosikal dan pejalan kaki, namun berisiko tinggi kepada keselamatan penduduk,” katanya.

Lau berkata, penduduk telah mengajukan aduan kepada Ketua Masyarakat Kapitan Ting Siew Kiew, Penghulu Yong King Sung dan Ahli Majlis, Kaunselor Justin Wong sebelum usaha baik pulih dijalankan.

Berikutan itu, dua jambatan tersebut berjaya dinaik taraf menjadi jambatan konkrit melalui inisiatif SUPP, manakala keadaan jalan antara jambatan pula disifatkan sebagai daif dan merbahaya sebelum kerja baik pulih dilaksanakan.

“Kami berusaha mendapatkan penyelesaian dan akhirnya, melalui peruntukan disalurkan oleh Senator Robert Lau, projek pembaikan jalan ini dapat direalisasikan dan kini siap sepenuhnya,” jelasnya.

Tambah beliau, jalan simen yang telah dibaik pulih kini cukup lebar bagi membolehkan kenderaan ringan melalui laluan tersebut dengan selamat, selain meningkatkan kemudahan harian kepada komuniti tempatan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa penduduk agar sama-sama memantau penggunaan jalan itu dan memastikan hanya kenderaan ringan dibenarkan melaluinya bagi mengekalkan jangka hayat kemudahan tersebut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sumbangan ‘one off’ kepada 12 penerima di DUN Kabong
Next: Gerai diroboh bagi laluan projek kabel bawah tanah SEB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.