Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Miri turut rasa gegaran gempa bumi Sabah
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk Miri turut rasa gegaran gempa bumi Sabah

Utusan Sarawak 5 hours ago
PAPARAN hantaran pengguna di Facebook yang mendakwa turut merasai gegaran awal pagi tadi susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 yang melanda perairan Sabah sekitar 12.57 tengah malam.

MIRI: Beberapa penduduk di bandar raya ini mendakwa turut merasai gegaran awal pagi tadi susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 yang melanda perairan Sabah sekitar 12.57 tengah malam.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur dengan kedalaman 678 kilometer.

Pusat gempa dilaporkan berada sekitar 49 kilometer ke barat dari Kudat, Sabah.

Susulan kejadian itu, beberapa pengguna media sosial dari Miri berkongsi pengalaman mereka merasai gegaran sekitar 1.00 pagi di beberapa kawasan termasuk Permyjaya, Senadin, Krokop dan Pengkalan Lutong.

Seorang pengguna Facebook, Muhammad Azli, memaklumkan dia menyedari gegaran ketika berada di dalam kereta.

Katanya, pada mulanya dia menyangka kenderaan itu digoyang seseorang sebelum menyedari ia adalah kesan gempa bumi.

Seorang lagi pengguna Facebook, Brauer Kong, berkata beliau terjaga daripada tidur akibat gegaran tersebut.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa kawasan lain di Miri yang dilaporkan tidak merasai gegaran.

MetMalaysia memaklumkan gempa berkenaan tidak membawa sebarang ancaman tsunami dan pihaknya akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan insiden susulan gempa berkenaan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Perpaduan kaum sebagai teras keharmonian komuniti luar bandar – Roy Gingkoi
Next: Warga emas ditemui meninggal dunia di kebun belakang rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.