Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Miri diminta waspada, hubungi bomba jika berlaku limpahan air
  • WILAYAH

Penduduk Miri diminta waspada, hubungi bomba jika berlaku limpahan air

Utusan Sarawak 19 hours ago
BANJIR… Beberapa gambar yang dikongsi orang ramai di laman sosial menunjukkan berapa kawasan di Miri dinaiki air susulan hujan berterusan.

MIRI: Semua masyarakat di Miri khasnya diminta agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, susulan hujan berterusan yang berpotensi menyebabkan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, orang ramai perlu mengambil langkah awal dengan memantau keadaan persekitaran masing-masing dan segera menghubungi balai bomba berhampiran sekiranya kawasan kediaman mula dilimpahi air atau berdepan situasi berbahaya.

“Saya menasihatkan semua masyarakat di Miri khususnya agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Sekiranya berlaku limpahan air atau situasi berbahaya, orang ramai diminta segera menghubungi balai bomba berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak tadi.

BANJIR… Beberapa gambar yang dikongsi orang ramai di laman sosial menunjukkan berapa kawasan di Miri dinaiki air susulan hujan berterusan.

Menurut beliau, kerjasama erat daripada pemimpin masyarakat amat diperlukan bagi memastikan maklumat berkaitan keadaan semasa di setiap kawasan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan.

“Saya turut memohon kerjasama Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, Tuai Rumah dan Kapitan agar sentiasa berhubung dengan pihak bomba bagi memaklumkan keadaan di kawasan masing-masing demi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” ujarnya.

Henry menegaskan, tindakan pantas dan penyampaian maklumat yang tepat dapat membantu pihak bomba membuat persiapan awal serta mengurangkan risiko kepada penduduk, khususnya melibatkan keselamatan nyawa dan harta benda.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk.

Oleh Liong Chai ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Beberapa jalan utama di Miri mula dinaiki air susulan hujan berterusan
Next: Keprihatinan kepimpinan terserlah menerusi Program Gunting Rambut dan Beg Sekolah di Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.