Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Matu digesa tingkatkan waspada banjir
  • WILAYAH

Penduduk Matu digesa tingkatkan waspada banjir

Utusan Sarawak 2 days ago
APM Matu memantau kawasan berisiko banjir susulan perubahan paras air di beberapa lokasi sekitar daerah ini. Foto APM Matu

MATU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Matu menasihatkan penduduk, khususnya yang tinggal di kampung-kampung sering dilanda banjir dan kawasan rendah, supaya sentiasa berwaspada serta peka terhadap perkembangan cuaca semasa.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook APM Matu hari ini, pemantauan paras air di beberapa lokasi mendapati terdapat kawasan yang mencatatkan trend air menaik, statik dan menurun.

Antara kawasan yang merekodkan paras air menaik ialah Kampung Jemoreng, Kampung Bertong, Pekan Matu, Kampung Sekaan Besar, Kampung Sok, Jalan Passin dan Jalan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu.

APM Matu memantau kawasan berisiko banjir susulan perubahan paras air di beberapa lokasi sekitar daerah ini. Foto APM Matu

Sementara itu, paras air di Taman Sejahtera dan Kampung Sekaan Kechil dilaporkan statik dilaporkan, manakala beberapa kawasan lain seperti Kampung Tian, Kampung Berjaya dan Kampung Bawang menunjukkan trend air menurun.

APM Matu memaklumkan pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan keselamatan penduduk setempat, selain menasihatkan orang ramai supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, terutama sekiranya berlaku hujan berterusan.

Orang ramai yang memerlukan bantuan atau menghadapi situasi kecemasan boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Matu di talian 084-832208, yang beroperasi 24 jam.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 100 murid manfaatkan program gunting rambut percuma PBB Kalaka
Next: Buaya masuk reban ayam di Pasar Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.