Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Lundu dan Sematan bakal nikmati bekalan air lebih stabil menjelang 2028
  • Selatan
  • WILAYAH

Penduduk Lundu dan Sematan bakal nikmati bekalan air lebih stabil menjelang 2028

Utusan Sarawak 5 hours ago
PANTAU… Dato Sri Julaihi Narawi dan Dato Sri Nancy Shukri, Billy Sujang dan Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyemournakan gimik penyerahan tapak projek kepada pihak JBALB. Foto Ukas

LUNDU: Penduduk di Lundu dan Sematan bakal menikmati bekalan air lebih stabil dan menyeluruh apabila dua projek bekalan air berimpak tinggi bernilai RM256 juta mula dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), kedua-dua projek tersebut dilaksanakan melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sebagai agensi pelaksana, melibatkan pembinaan Loji Rawatan Air Baharu Lundu serta Projek Bekalan Air Wilayah Lundu–Sematan.

Katanya, Projek Loji Rawatan Air Baharu Lundu yang menelan kos RM112 juta akan membina loji berkapasiti 20 juta liter sehari (MLD) bersama stesen muka sauk, bangunan pentadbiran, stor bahan kimia, rumah pam serta pemasangan paip sepanjang lebih 11 kilometer.

“Ia dijangka siap menjelang 2028 dan mampu meningkatkan kapasiti bekalan air terawat di kawasan Lundu dan Sematan,” katanya dalam satu laporan.

Sementara itu, Projek Bekalan Air Wilayah Lundu–Sematan bernilai RM144 juta melibatkan pembinaan empat stesen pam penggalak di Telok Melano No.1, Telok Melano No.2, Sematan dan Opek, serta empat tangki simpanan air berkapasiti antara dua hingga 4.5 juta liter di Telok Melano, Sematan, Sedaing dan Pasir Ulu.

Turut dilaksanakan ialah pemasangan saluran paip sepanjang lebih 160 kilometer yang meliputi paip utama, saluran paip komunikasi dan sambungan ke lebih 1,100 rumah.

Projek yang bermula pada September 2025 itu dijangka siap pada suku ketiga 2028 dan menjadi sebahagian daripada sistem grid bekalan air Sarawak yang bertujuan memastikan liputan bekalan air lebih menyeluruh di kawasan luar bandar.

Majlis pelancaran rasmi kedua-dua projek itu disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi di Kampung Sedaing dan Kampung Titiakar hari ini, disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri, ADUN Opar Billy Sujang dan ADUN Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Kaki terperangkap dalam lubang saluran air
Next: RTP ubah landskap luar bandar terutamanya di kawasan DUN Bukit Begunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.