Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Lawas digalak sertai ekonomi kecil sokong industri pelancongan
  • WILAYAH

Penduduk Lawas digalak sertai ekonomi kecil sokong industri pelancongan

Utusan Sarawak 13 hours ago
PELUANG KEMAHIRAN…Henry Sum ketika melawat meja pameran Centexs Lawas diiring (paling kiri) Awangku Mohd Faizal dan (paling kanan) Suriyah Jinin. Foto Adeng Edrus

LAWAS: Sarawak yang kini muncul sebagai destinasi pelancongan, pelaburan dan pusat pelbagai aktiviti global memerlukan penyertaan aktif penduduk tempatan dalam penyediaan pelbagai perkhidmatan.

Kemakmuran dan kestabilan politik yang berjaya mengamit warga asing berkunjung ke Sarawak adalah berkat kepimpinan pemimpin wilayah Sarawak yang diketuai oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama barisan kabinet beliau.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong mahu melihat penduduk tempatan mengambil peluang dalam sektor ekonomi kecil bagi menyediakan keperluan para pelawat dari luar.

“Jadi dengan kehadiran rakyat dari Indonesia dan Brunei Darussalam yang sememangnya sering berkunjung ke Lawas kita ucapkan terima kasih atas sokongan mereka.

“Semua ini akan meningkatkan ekonomi. Kita perlukan sokongan daripada rakyat Lawas dan Sarawak sendiri dengan produk tempatan seperti hasil pertanian dan makanan laut. Semua ini mesti mencukupi,” Katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Mini Festival Usahanita Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Lawas di Taman Awam Lawas hari ini.

WARGA PPWS…Henry Sum merakam gambar kenangan dengan barisan jawatankuasa PPWS Lawas. Foto Adeng Edrus

Henry Sum yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut menegaskan kepentingan rakyat di Sarawak khususnya Lawas untuk terus bersatu padu agar usaha membangunkan wilayah Sarawak dapat berjalan lancar.

Pada majlis berkenaan Henry Sum turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM10,000 kepada PPWS Lawas menjalankan aktiviti mereka.

Hadir sama Pengerusi PPWS Lawas Suriyah Jinin, wakil Pegawai Daerah Lawas, Awangku Mohd Faizal Dato Pengiran Jawa dan kenamaan tempatan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sibu perluas jaringan budaya ASEAN menerusi forum belia
Next: Ratu Sibu Jaya 2025 milik Michelle Demuny

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.