Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Kuala Baram wajar sertai bomba sukarelawan
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk Kuala Baram wajar sertai bomba sukarelawan

Utusan Sarawak 3 hours ago
HADIR ….Menteri Pengangkutan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin  menandatangani kehadiran semasa hadir Program Balai Terbuka Majlis Riang Bersama Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, di Miri hari ini.

MIRI: Penubuhan unit bomba sukarelawan di Kuala Baram di sini perlu dipertimbangkan bagi membolehkan penduduk setempat bertindak pantas mengawal kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba.

Menteri Pengangkutan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, langkah itu penting memandangkan terdapat beberapa kawasan di Kuala Baram yang terletak agak jauh daripada balai bomba.

Menurut beliau, anggota bomba sukarelawan perlu diberikan latihan asas pemadaman kebakaran serta dibekalkan dengan peralatan seperti hos, pam air dan kelengkapan yang sesuai bagi membolehkan tindakan awal dilakukan ketika berlaku kecemasan.

SERONOK…Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Program Balai Terbuka Majlis Riang Bersama Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong termasuk sukaneka.

“Saya sering mencadangkan supaya Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) turun ke kampung-kampung untuk mengadakan ceramah dan latihan bagi melahirkan lebih ramai anggota bomba sukarelawan.

“Apabila berlaku kebakaran, penduduk yang berada paling hampir dengan lokasi kejadian dapat melakukan pemadaman awal sementara menunggu pasukan bomba tiba,” katanya.

Beliau berkata pada Program Balai Terbuka Majlis Riang Bersama Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, di sini hari ini.

Lee berkata, antara lokasi yang sesuai dipertimbangkan bagi penubuhan unit berkenaan ialah Kampung Masjid dan Kampung Muhibbah di Kuala Baram.

Katanya, JBPM juga diharap dapat mengkaji mekanisme terbaik bagi mewujudkan sistem pengurusan bomba sukarelawan yang lebih tersusun dengan penglibatan aktif masyarakat.

Sementara itu, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program termasuk sukaneka membabitkan anggota bomba, ahli Persatuan Wartawan Kawasan Utara (NSJA), Kanak-Kanak Bomba Cilik (KBOC), guru serta ibu bapa.

Antara acara yang dipertandingkan ialah membawa bola pingpong, mengisi air ke dalam botol menggunakan span, boling buah kelapa dan pertandingan mewarna melibatkan 30 kanak-kanak KBOC.

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan pameran, melawat sudut EKSA, sudut ilmu dan sudut informasi, selain menyaksikan demonstrasi kebakaran dapur yang memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan kebakaran.

Hadir sama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong Henry Jugah.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kesukarelawanan benteng masyarakat penyayang – Lee Kim Shin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.