Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penduduk kecewa pokok dabai bersejarah Song ditebang
  • SEMASA

Penduduk kecewa pokok dabai bersejarah Song ditebang

Utusan Sarawak 17 hours ago

KAPIT:  Perasaan berbesar hati penduduk Song dengan kunjungan Kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan ke bandar itu bertukar kecewa selepas pokok dabai ikonik ditebang.

Pada 2 Julai lepas, Lidam singgah di Batang Rahang merakamkan gambar sebatang pokok dabai yang lebih dikenali kepada masyarakat tempatan sebagai pokok zaitun Borneo (Canarium odontophyllum) dan memuat naik gambar berkenaan di Facebook.

“Inilah pokok buah dabai dari Song. Belum musim lagi… . Datanglah ke sini nanti untuk menikmati buahnya,” tulisnya.

Bagi masyarakat Katibas, dabai bukan sekadar buah bermusim, malah melambangkan budaya, kebanggaan dan identiti masyarakat di Song serta di kawasan sekitar seperti Ngemah yang diiktiraf oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak sebagai sebahagian daripada ‘Koridor Dabai’ kerana menghasilkan buah berkualiti premium.

Lapan hari kemudian, pokok yang menjadi simbol identiti pertanian itu dipercayai ditebang oleh pekerja daripada Majlis Daerah Kapit berikutan kempen menebang pokok besar di kawasan bandar.

Lidam meluahkan kekecewaan di Facebook: “Masalah ini timbul apabila anda ingat pekan ini milik anda sahaja. Pokok ini sudah kita pelihara sejak bertahun-tahun. Kini lenyap selama-lamanya. Simbol Koridor Dabai musnah. Majlis Daerah Kapit tebang pokok itu sewenang-wenang.”

Tindakan itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, ramai yang meluahkan kesedihan dan terkilan apabila pokok yang melambangkan identiti bandar ini ditebang tanpa sebarang perbincangan.

Bagi Lim Margaret, dabai bukan sembarangan pokok ia adalah mercu tanda dan feng syui penting selain dianggap sebagai pelindung serta membawa tuah kepada komuniti setempat. 

Fienbergson Wong yang menetap di Kuching menyifatkan ia sebagai satu kerugian memandangkan selama ini Song terkenal dengan reputasi sebagai pengeluar buah dabai. — Bernama

Continue Reading

Previous: Amir Hamzah, Johari jalankan tugas sementara sehingga menteri baharu dilantik – Anwar
Next: SPRM, IACA meterai  LoI teroka peluang baharu cegah rasuah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.