Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk kecewa lori berat rosakkan jalan utama kampung
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk kecewa lori berat rosakkan jalan utama kampung

Utusan Sarawak 20 hours ago
ROSAK… Keadaan Jalan Tiris ke pekan Bekenu yang rosak akibat lori besar pada hari ini.

BEKENU: Penduduk dari beberapa kampung meluahkan rasa kecewa terhadap kegiatan lori tanah bersaiz besar yang didakwa menyebabkan kerosakan teruk pada jalan berturap utama di kawasan itu.

Antara kampung yang terjejas akibat kerosakan jalan tersebut termasuk Kampung Bulau, Sinup, Mutap, Kepayang, Pintasan, Lubok Buinih, Masjid dan rumah panjang Tiris.

Ketua Kampung Kepayang, Suip Karim berkata, jalan yang menghubungkan Kampung Tiris ke Rambai dan seterusnya ke pekan Bekenu kini berada dalam keadaan sangat rosak dipercayai akibat penggunaan oleh lori besar yang melebihi had muatan.

“Sepatutnya lori-lori berat tidak dibenarkan menggunakan jalan ini kerana struktur jalan hanya mampu menampung kenderaan dengan muatan maksimum lima tan.

“Akibatnya, penduduk dari Kampung Tiris, Ulu Tiris, Bulau, Sinup dan Mutap tidak dapat menggunakan laluan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, aduan rasmi telah disampaikan kepada pihak berkaitan agar tindakan segera dapat diambil bagi membaiki kerosakan dan mengawal penggunaan jalan oleh kenderaan berat.

Orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan disarankan agar lebih berhati-hati dan bersabar sementara menunggu tindakan susulan daripada pihak berwajib.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Penutupan sementara laluan Jambatan Batang Mukah untuk kerja penyelenggaraan
Next: Gangguan bekalan air akibat paip pecah di kawasan Jalan Alwi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.