Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk kawasan rendah diingat berwaspada susulan banjir di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk kawasan rendah diingat berwaspada susulan banjir di Miri

Utusan Sarawak 4 hours ago
TINJAU…Ahli Majlis Senadin bersama kakitangan Kejuruteraan Majlis melawat kawasan terjejas bagi menilai situasi. 

MIRI: Semua agensi dan jabatan berkaitan diminta menjalankan penilaian di lapangan serta mengambil tindakan segera, khususnya di kawasan yang mengalami saliran tersumbat atau pemendapan lumpur, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di sini pagi ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Lee Kim Shin menerusi satu kenyataan petang tadi memberitahu bahawa beliau telah menghubungi Residen Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) berhubung perkara itu.

Walaupun kini berada di luar negara atas urusan rasmi, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin terus memantau keadaan sebaik menerima laporan awal mengenai banjir akibat hujan lebat dan berterusan sepanjang malam.

Kim Shin turut mengarahkan Pasukan Khidmat Senadin turun padang bagi meninjau kawasan terjejas, menilai situasi semasa dan mengenal pasti tindakan susulan yang perlu segera dilaksanakan.

Beliau turut meminta Residen Miri untuk mengadakan mesyuarat JPBBM esok bagi membincangkan kejadian banjir serta memperkukuh langkah kesiapsiagaan menghadapi musim landas.

“Saya juga telah berhubung dengan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Kim Shin menasihatkan penduduk di kawasan rendah atau mudah banjir agar sentiasa berwaspada kerana hujan berselang-seli dijangka berterusan, selain mengikuti maklumat cuaca semasa dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan, ketua masyarakat, JKKK, bomba, polis dan kumpulan sukarelawan atas usaha berterusan membantu penduduk terjejas.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Lelaki maut, seorang lagi masih hilang dihanyutkan arus deras di Beluru
Next: Dua pertubuhan media Sibu terima geran MRP RM6,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.