Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk Kapit dinasihat elak pembelian panik
  • TEMPATAN

Penduduk Kapit dinasihat elak pembelian panik

Utusan Sarawak 4 years ago
PANIK? … Kelihatan orang ramai berbaris panjang untuk mengeluarkan duit daripada sebuah mesin keluaran wang automatik (ATM) di salah sebuah bank di Kapit, semalam.

KUCHING: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi menasihati penduduk di Bahagian Kapit agar mengelakkan pembelian panik berikutan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bahagian itu yang bermula hari ini (Selasa).

“Saya memohon semua penduduk bekerjasama dan mengelakkan ‘panic buying’ kerana situasi itu akan mengeruhkan keadaan.

“Saya sudah mengarahkan anggota penguat kuasa KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) Sarawak untuk sentiasa memantau keberadaan bekalan barangan keperluan penduduk di kawasan terlibat sepanjang PKP ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata demikian dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya semalam.

Dalam pada itu, beliau juga katanya, telah mengarahkan anggota penguat kuasa KPDNHEP juga akan melakukan pemantauan bagi mengelakkan sebarang aktiviti pencatutan oleh peniaga di waktu sukar ini.

Jelasnya, beliau menyedari kegusaran dihadapi oleh semua penduduk di Daerah Kapit dan Song yang sebelum ini merupakan kawasan hijau, namun menasihatkan agar mereka bertenang dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berada di rumah dalam tempoh PKP yang bermula hari ini dan berakhir 15 Februari ini.

Berikutan penularan jangkitan Covid-19 di dua daerah itu yang semakin serius, Alexander berkata, pejabat wakil rakyat Parlimen Kapit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dikekang sepenuhnya.

“Wakil saya di Kapit juga akan cuba menyalurkan bantuan yang boleh disampaikan kepada penduduk terjejas dan akan sentiasa memaklumkan dan mengemas kini informasi kepada penduduk.

“Saya yakin jika kita dapat mendidik serta mengawal diri dan keluarga masing-masing, kita akan berjaya mengekang penularan wabak ini bukan sahaja di Kapit dan Song, Sarawak tetapi Malaysia secara keseluruhannya,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: PENERBANGAN IHSAN… bayi, kanak-kanak masalah jantung
Next: Perkhidmatan bas kurangkan operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.