Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk Kampung Tanam mohon jalan raya
  • TEMPATAN

Penduduk Kampung Tanam mohon jalan raya

Utusan Sarawak 5 years ago
PENUH PERHATIAN…Misa All Souls Day di pondok persinggahan di Tanah Perkuburan Kampung Tanam Dalat pada 2019

DALAT:  Penduduk di Kampung Tanam di sini masih menunggu wujudnya jalan raya menuju ke tanah perkuburan di kawasan yang sama..

Namun hasrat itu belum menjadi kenyataan kerana sehingga ke hari ini walaupun ada usaha  ke arah itu  kedengaran saban tahun.

Tanah perkuburan utama untuk penduduk bukan Islam di situ terletak  di kawasan  Sungai Tanam yang hanya boleh diakses melalui jalan air sahaja.

Setiap tahun permintaan itu akan disuarakan, lebih-lebih lagi pada Hari Memperingati Arwah (All Souls Day) pada 2 November lalu.

Kebetulan sambutan hari berkenaan berlaku pada musim hujan sehingga menyukarkan penduduk kampung untuk menziarahi pusara  ahli keluarga yang bersemadi di tanah perkuburan berkenaan.

Namun situasi ini tidak menghalang sebahagian penduduk untuk berziarah dengan menaiki bot serta meredah hujan untuk ke kawasan perkuburan.

 “Untuk menaiki bot  semasa hujan memang tak selesa dan boleh membahayakan nyawa,” kata salah seorang penduduk yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Menurut penduduk tersebut, memandangkan pihak gereja menasihati orang ramai agar tidak menziarahi kubur beramai-ramai , maka mereka mengambil langkah berziarah  walaupun ketika hari hujan,” katanya.

Antara yang lantang menyuarakan tentang  pentingnya jalan raya tersebut ialah Ketua Kaum Frederick Isey Akie,  Penghulu Rose J. Jepun,  Cikgu Daniel Francis dan ahli  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanam yang menyedari bahawa kesulitan itu telah wujud sejak sekian lama.

Adalah difahamkan selain daripada dana yang cukup  besar diperlukan, ia juga memerlukan persetujuan para pemilik tanah yang mungkin terjejas dengan pembinaan jalan raya berkenaan.

Sudah tiba masanya untuk kampung kedua terbesar di Dalat ini untuk mempunyai kemudahan seperti ini memandangkan  kebanyakan tanah perkuburan lain  di kawasan tersebut sudah mempunyai jalan raya atau kemudahan asas berkenaan.

Jalan raya ini boleh memudahkan  upacara pengkebumian dan  kerja-kerja penyelenggaraan tanah perkuburan  termasuk aktiviti menziarahi pusara.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira lima minit perjalanan menaiki perahu dari Chapel Plechelmus dengan menyusuri Batang Oya untuk ke Sungai Tanam.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Jaga kebersihan Taman Industri Kota Sentosa
Next: Penguatkuasaan PKPB di Daerah Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.