SPAOH: Sebanyak 1,931 buah kurma diagihkan kepada penduduk Kampung Spaoh yang disumbangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Selain penduduk kampung, pihak jabatan kerajaan, agensi serta pihak swasta turut menerima agihan sumbangan buah kurma tersebut.
Oleh itu, satu majlis simbolik penyerahan buah kurma telah diadakan melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban kepada wakil penduduk Spaoh dan agensi kerajaan serta swasta di sekitar Spaoh.
Sumbangan kurma tersebut merupakan usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu menyokong umat Islam menyambut Ramadan di samping mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat.
Uggah berharap, sumbangan itu dapat menyemarakkan lagi Ramadan bagi penduduk, terutama umat Islam di Spaoh.
Oleh Adi Safarman