Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Penduduk Kampung Serasot sokong penuh Program Pengawasan Penyakit 2025
  • KESIHATAN

Penduduk Kampung Serasot sokong penuh Program Pengawasan Penyakit 2025

Utusan Sarawak 7 hours ago
DR Ivan menyampaikan cenderahati kepada Dato Henry Harry Jinep di Dewan Serbaguna Kampung Serasot di sini hari ini.

BAU: Penduduk Kampung Serasot tanpa mengira latar belakang menyambut baik serta menjayakan Program Pengawasan Penyakit (DSP) 2025 anjuran Sarawak Infectious Disease Centre (SIDC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Bau yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Serasot, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep berkata inisiatif tersebut berasaskan pendekatan ‘Satu Kesihatan’ yang bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam, khususnya di kawasan luar bandar dan komuniti berisiko.

“Pengesahan awal serta pengurusan penyakit berjangkit amat penting bagi melindungi kesihatan kita. Dengan mengumpul data asas mengenai kesihatan manusia, haiwan dan persekitaran, program ini akan menjadi landasan kepada strategi kesihatan awam yang lebih kukuh,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

DATO Henry Harry Jinep ketika berucap pada DSP 2025 di Dewan Serbaguna Kampung Serasot, di sini, hari ini.

Beliau berkata lagi, melalui DSP, pelbagai pemeriksaan kesihatan percuma disediakan termasuk ujian tuberkulosis, jangkitan cacing usus, tekanan darah, tahap gula dalam darah, kandungan zat besi serta saringan HPV bagi wanita berumur 35 hingga 65 tahun dengan kerjasama ROSE Foundation.

Menurutnya, pengesanan awal jangkitan terpendam, penyakit baharu muncul atau berulang akan membolehkan langkah kawalan diambil dengan lebih berkesan, sekali gus mengurangkan beban penyakit serta menyokong dasar kesihatan awam berasaskan bukti.

“Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan kepada SIDC yang menerajui usaha ini serta berterima kasih kepada semua jabatan kerajaan, agensi kebajikan dan kepimpinan masyarakat atas kerjasama padu menjayakan program ini,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SIDC, Dr Ivan Yap Kok Seng, ketua-ketua jabatan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Bau yang memeriahkan program berkenaan.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Wabak Ebola baharu di DR Congo ragut 15 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.