Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk DUN Kalaka bakal nikmati bekalan elektrik 24 jam melalui projek ALAF dan skim Caj Sambungan Bantuan Dana Kerajaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk DUN Kalaka bakal nikmati bekalan elektrik 24 jam melalui projek ALAF dan skim Caj Sambungan Bantuan Dana Kerajaan

Utusan Sarawak 1 day ago
 MOHAMAD Duri semasa menghadiri sesi dialog dan perbincangan ALAF dan CCGFA yang telah diadakan semalam di Dewan Pejabat Daerah Saratok. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Komitmen memastikan seluruh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka menikmati kemudahan asas terus diperkasakan menerusi inisiatif penyambungan bekalan elektrik di bawah projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) serta skim Caj Sambungan Bantuan Dana Kerajaan (CCGFA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, satu sesi dialog dan perbincangan telah diadakan semalam di Dewan Pejabat Daerah Saratok bagi menyelaraskan permohonan pemilik rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan penduduk yang masih belum menerima bekalan elektrik, khususnya di sekitar kawasan Saratok dan Sungai Rembus.

Menurut beliau, sesi tersebut merupakan hasil kolaborasi strategik melibatkan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), GiatMara Saratok selaku agensi pelaksana PPRT serta Sarawak Energy Berhad (SESCO) bagi memastikan proses permohonan dan pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan menyeluruh.

“Saya bersama Pusat Khidmat ADUN Kalaka, dengan kerjasama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta pihak SESCO, akan terus berganding bahu bagi memastikan semua penduduk di DUN Kalaka dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam sesi tersebut, taklimat terperinci berhubung kriteria kelayakan permohonan ALAF telah disampaikan oleh wakil MUT, Dang Sinaruhawi.

Antara perkara yang ditekankan termasuk keperluan pemohon merupakan Warganegara Sarawak atau pemegang status Penduduk Tetap Sarawak, memiliki rumah yang layak didiami serta mempunyai dokumen pemilikan tanah yang sah atau pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, sambungan bekalan elektrik adalah bagi sistem fasa tunggal dan pemohon diwajibkan menyertai Skim Bantuan Pendawaian (AWS).

Sesi dialog berkenaan turut dihadiri Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid; Pegawai Tadbir Menguasa /Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu, Hatta Adenan; Timbalan Ketua Cawangan PBB N.38 Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi; serta Pengurus GiatMara Saratok, Abadi Hussein.

Turut hadir memberi sokongan ialah barisan kepimpinan masyarakat termasuk Pemanca Sahari Gani, Penghulu Madi Bujang, Penghulu Rajali Bujang serta Pengurus SESCO Saratok, Benjamin.

Langkah proaktif ini diharap dapat menangani isu keciciran bekalan elektrik di kawasan pedalaman sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di Saratok selaras dengan agenda pembangunan utiliti negeri.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kehilangan warga emas di Engkilili masih misteri, operasi SAR hari kelima belum temui petunjuk
Next: PPS Dewan Lenggai Kampung Entingan dibuka, 55 mangsa dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.