Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk di Lorong Liu Shan Bang 5 gesa tindakan segera isu infrastruktur berlarutan
  • TEMPATAN

Penduduk di Lorong Liu Shan Bang 5 gesa tindakan segera isu infrastruktur berlarutan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMBANTU Khas kepada Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian melihat longkang yang terlalu banyak tumbuh-tumbuhan di Lorong Liu Shan Bang 5.

KUCHING: Penduduk di Lorong Liu Shan Bang 5 terus berdepan pelbagai masalah berlarutan yang masih belum diselesaikan walaupun aduan telah dibuat sejak bertahun tahun lalu, kata Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian.

Beliau menyifatkan kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan sebagai sesuatu yang mengecewakan dan tidak boleh diterima.

Beliau berkata keadaan jalan di kawasan tersebut amat teruk dengan permukaan tidak rata, turapan yang kurang berkualiti serta tanda mendapan yang jelas kelihatan.

Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyusahkan malah membahayakan pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

“Jika tidak ditangani segera, keadaan akan menjadi lebih buruk dan boleh menyebabkan kerosakan struktur yang lebih serius,” katanya.

Beliau turut memaklumkan mengenai kebocoran paip air bawah tanah yang berterusan di lokasi sama, yang telah dilaporkan oleh penduduk sejak beberapa bulan lalu namun masih belum diambil tindakan.

“Kebocoran berterusan akan menyebabkan hakisan tanah di bawah jalan, sekali gus memburukkan lagi masalah mendapan dan meningkatkan risiko runtuhan. Ini merupakan isu infrastruktur serius yang memerlukan tindakan segera daripada Sarawak Water,” katanya.

Selain itu, beliau berkata sistem perparitan di kawasan tersebut juga tidak mencukupi memandangkan kedudukan jalan yang lebih rendah berbanding kawasan sekeliling.

“Keadaan ini menyebabkan air hujan mengalir dan bertakung ketika hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir kilat yang kerap berlaku, menjejaskan kehidupan harian serta menyebabkan kerosakan harta benda. Sistem saliran sedia ada perlu dikaji semula dan dinaik taraf segera,” katanya.

Kong turut membangkitkan isu pokok yang tidak diselenggara dengan baik, dengan sebahagiannya telah menyentuh kabel elektrik di atas.

“Ini merupakan ancaman serius kepada keselamatan awam dan boleh mengundang kemalangan pada bila-bila masa. Kegagalan menjalankan penyelenggaraan berkala adalah tidak wajar,” katanya.

Beliau menegaskan keadaan tersebut menunjukkan kegagalan jelas dari segi penyelenggaraan, tindak balas dan akauntabiliti, memandangkan perkara tersebut adalah tanggungjawab asas pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa Majlis Perbandaran Padawan (MPP) serta Sarawak Water supaya mengambil tindakan segera, terselaras dan tegas bagi menyelesaikan semua isu berkenaan tanpa sebarang kelewatan.

“Kami akan terus memantau perkara ini dan tidak teragak agak untuk membangkitkannya semula sekiranya tiada tindakan diambil. Keselamatan, kebajikan dan kualiti hidup penduduk tidak harus terjejas akibat kelewatan berpanjangan,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wawasan bukan parti pembangkang, fokus politik konstruktif – Affendi
Next: Toh Puan Fauziah terima kunjungan daripada delegasi Hikayat Sulaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.