Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk beberapa kawasan sekitar Mukah alami gangguan bekalan air
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk beberapa kawasan sekitar Mukah alami gangguan bekalan air

Utusan Sarawak 3 months ago
GAMBAR hiasan.

MUKAH: Penduduk di beberapa kawasan sekitar Mukah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan Loji Rawatan Air Dalat masih belum beroperasi akibat banjir serta paras air sungai yang masih berada pada tahap kritikal.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa hanya Muka Sauk Tingkas Fasa 2 yang beroperasi buat masa ini, manakala Muka Sauk Tingkas Fasa 1 masih belum dapat digunakan.

“Penyaluran bekalan air ke kawasan terjejas masih belum mencukupi dan belum stabil sepenuhnya, menyebabkan bekalan air tidak dapat disalurkan secara konsisten,” kata kenyataan itu.

Kawasan yang terjejas termasuk Daerah Mukah, Dalat, Balingian, dan Igan, meliputi Daerah Kecil Balingian (Kuala Balingian-Serupai), sepanjang Jalan Mukah-Selangau (Simpang Temesu-Pengkalan Lobang), Daerah Dalat, Daerah Kecil Oya, dan Daerah Kecil Igan.

Pihak JBALB sedang berusaha menangani situasi ini dengan segera, termasuk mendapatkan bantuan daripada JBALB Sarikei, Sibu, dan Bintulu bagi penghantaran bekalan air bersih ke kawasan terjejas.

“Kami komited memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada rakyat Sarawak dengan sebaiknya.

“Pasukan JBALB di setiap bahagian akan terus memantau keadaan dan berusaha mengembalikan perkhidmatan air secepat mungkin,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang terjejas dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menghubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211 bagi sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan gangguan bekalan air.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: Operasi Loji Rawatan Air Dalat masih rapuh
Next: Penantian penduduk Kampung Melayu Roban berakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.