Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Penduduk Bukit Belok berjaya padamkan kebakaran rumput
  • KEBAKARAN

Penduduk Bukit Belok berjaya padamkan kebakaran rumput

Utusan Sarawak 14 hours ago
KEBAKARAN….Pasukan BBP Bintangor tiba di lokasi kebakaran rumput di Bukit Belok yang telah dipadamkan oleh penduduk. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Kecekapan dan tindakan pantas penduduk Bukit Belok berjaya memadamkan kebakaran rumput sebelum pihak bomba tiba di lokasi, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata ia sekali gus mengelakkan api merebak ke kawasan lebih luas.

“Insiden ini menunjukkan kepekaan masyarakat terhadap keselamatan kebakaran semakin meningkat. 

“Namun langkah pencegahan dan pemantauan tetap perlu ditingkatkan, terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

“Kami menghargai tindakan pantas penduduk yang berjaya memadamkan kebakaran ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Menurut beliau, dalam keadaan cuaca kering, risiko kebakaran belukar, lalang dan sampah amat tinggi serta perlu diberi perhatian serius. 

Mahmudin turut mendedahkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ atau kawasan kerap berlaku kebakaran rumput, belukar dan lalang di Bintangor. 

“Kawasan-kawasan tersebut adalah di Jalan Kelupu, Tulai, Simpang Mador, tapak pelupusan sampah Julau, tapak pelupusan sampah Pakan, Jalan Sing Ba, kawasan Paradom sempadan jagaan BBP Bintangor dan Jalan Pasi. 

“Kita minta orang ramai supaya lebih berwaspada dan elakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka,” ujarnya. 

Tambah beliau, BBP Bintangor akan terus menjalankan rondaan berkala dan turut menggalakkan orang awam melaporkan segera sebarang aktiviti pembakaran terbuka.

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kedai serbaneka musnah 30 peratus dalam kebakaran di Sibu
Next: Eksklusif: Kebakaran tahfiz, detik cemas panik dengan jeritan ‘api api’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.