Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 – DOSM
  • NASIONAL

Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 – DOSM

Utusan Sarawak 3 hours ago

PUTRAJAYA: Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan berjumlah 3.38 juta pada 2025, dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun kepada -0.5 peratus berbanding 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Berdasarkan Statistik Migrasi Antarabangsa, Malaysia, 2025 dikeluarkan DOSM hari ini, komposisi penduduk bukan warganegara turut menunjukkan penurunan daripada 10.0 peratus pada 2024 kepada 9.9 peratus pada 2025.

“Secara keseluruhan, 33 daerah pentadbiran mencatatkan komposisi penduduk bukan warganegara melebihi paras nasional (9.9 peratus) pada 2025,” menurut kenyataan DOSM.

DOSM buat julung kalinya mengeluarkan penerbitan Statistik Migrasi Antarabangsa, Malaysia, 2025 selaras dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Recommendations on Statistics of International Migration and Temporary Mobility 2025 yang mengesyorkan setiap negara ahli menyediakan statistik berkaitan stok serta aliran migrasi antarabangsa secara bersepadu dan berterusan.

Mengulas laporan tersebut, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penerbitan ini menjadi asas kepada pembangunan sistem data migrasi antarabangsa yang lebih tersusun dan konsisten selaras dengan piawaian antarabangsa.

Bagi permulaan penyediaan statistik migrasi antarabangsa Malaysia, tumpuan adalah terhadap statistik stok migran iaitu penyediaan statistik komprehensif bagi stok penduduk bukan warganegara di Malaysia dan stok warganegara Malaysia di luar negara.

“Penyediaan statistik stok ini akan terus dipertingkatkan melalui liputan data lebih luas serta penambahbaikan metodologi bagi memastikan ketepatan, kebolehpercayaan dan keseragaman data.

“DOSM akan terus memantapkan koordinasi dengan agensi berkaitan untuk menyokong penyediaan statistik migrasi antarabangsa yang lebih tepat, menyeluruh dan bermanfaat bagi dasar serta perancangan negara,” katanya.

Menurut DOSM, statistik ini merupakan input penting bagi penggubalan polisi dan perancangan program berkaitan migrasi antarabangsa serta sumber rujukan kepada penyelidik dan akademik.

Migrasi antarabangsa memainkan peranan penting dalam pembentukan struktur kependudukan negara dengan implikasi langsung terhadap pasaran buruh, penyediaan perkhidmatan sosial dan perancangan pembangunan sosioekonomi.

“Oleh itu, ketersediaan statistik migrasi antarabangsa yang berkualiti dan boleh dipercayai adalah asas penting bagi menyokong penggubalan polisi dan membuat keputusan,” menurut DOSM.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Maybank alami gangguan, perkhidmatan DuitNow terjejas
Next: Tradisi pulang ke kampung, warnai sambutan krismas di Sarawak dan Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.