Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk bimbang dengan risiko banjir musim hujan
  • Selatan
  • WILAYAH

Penduduk bimbang dengan risiko banjir musim hujan

Utusan Sarawak 4 hours ago
Paras air naik selepas hujan sederhana.

KUCHING: Seorang penduduk di Lorong Penyau 3 meluahkan kebimbangan terhadap longkang besar yang ditutup susulan kerja pembinaan ART di kawasan tersebut.

Menurut Chiam, yang telah menetap di kawasan itu lebih 50 tahun, banjir sebelum ini hanya berlaku ketika hujan lebat. Namun, sejak longkang besar menjadi laluan utama aliran air ditutup, air hujan memasuki rumahnya dalam tempoh 15 minit pada petang semalam.

Paras air naik selepas hujan sederhana.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kontraktor mempunyai kuasa menutup longkang berkenaan dan jika kelulusan berkaitan telah diperoleh.

Milton Foo berbincang dengan penduduk terjejas.

Susulan aduan penduduk, Milton Foo melawat kawasan tersebut bersama mereka dan mengadakan pertemuan dengan jurutera MBKS pagi tadi. Jurutera berkenaan difahamkan bersetuju untuk menyiasat isu tersebut.

Memandangkan musim hujan bakal tiba, Chiam bimbang masalah itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan banjir berlaku setiap hari.

Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan penduduk setempat.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir kilat melanda Lorong Penyau 3 setiap kali hujan
Next: Bomba Bintangor perkukuh kemahiran pengendalian haiwan liar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.