Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk berdepan detik cemas, temui ular bawah singki
  • WILAYAH

Penduduk berdepan detik cemas, temui ular bawah singki

Utusan Sarawak 10 hours ago
CEMAS… Anggota APM sedang menangkap seekor ular cincin emas sepanjang kira-kira tiga kaki di bawah singki dapur rumah penduduk di Kampung Pruan A, malam tadi. Foto APM Sri Aman

SIMANGGANG: Penduduk Kampung Pruan A berdepan detik cemas apabila menemui ular di bawah singki dapurnya malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita dikenali sebagai Aureila pada 9.31 malam.

“Anggota kami yang terdiri daripada Sarjan Mejar Jacky Enus, Koperal Firdaus Malim dan PBT Danster Nachang Sali segera digerakkan ke lokasi menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

CEMAS… Anggota APM sedang menangkap seekor ular cincin emas sepanjang kira-kira tiga kaki di bawah singki dapur rumah penduduk di Kampung Pruan A, malam tadi. Foto APM Sri Aman

Menurut beliau, pasukan APM tiba di lokasi pada 9.41 malam dan berjaya menangkap ular cincin emas sepanjang kira-kira tiga kaki menggunakan teknik menjerut.

“Operasi berjalan lancar dan ular tersebut berjaya dikawal tanpa sebarang kecederaan kepada penduduk mahupun anggota operasi,” jelasnya.

Tambahnya, ular berkenaan kemudian dilepaskan semula ke kawasan hutan yang selamat bagi memastikan ekosistem hidupan liar terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Miri gesa perkasakan kokurikulum dan literasi digital dalam kalangan pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.