Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan tunjang pembangunan masyarakat – Hanifah Hajar
  • PENDIDIKAN

Pendidikan tunjang pembangunan masyarakat – Hanifah Hajar

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UCAPAN… Peleadzman Ahip berucap pada Karnival Intelek
di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Mukah semalam. Foto UKAS

MUKAH: Pendidikan merupakan tunjang utama dalam usaha membangunkan masyarakat, baik di peringkat negeri mahupun negara.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, menegaskan bahawa cabaran global serta perubahan arus semasa menuntut kewujudan sebuah sistem pendidikan yang kukuh, menyeluruh dan relevan dengan keperluan masa kini.

“Pendidikan adalah asas kepada pembangunan masyarakat dan negara. Tanpa nilai seperti daya saing, kerjasama dan daya usaha dalam kalangan pelajar, aspirasi Sarawak Maju 2030 sukar untuk dicapai,” katanya demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Mukah semalam.

KARNIVAL Intelek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Tambahnya, pembangunan di Sarawak tidak boleh hanya tertumpu kepada aspek fizikal semata-mata, sebaliknya perlu disertai dengan pembinaan minda yang kritis, semangat berdaya saing serta pengukuhan nilai-nilai insaniah dalam kalangan generasi muda.

Beliau turut memuji penganjuran Karnival Intelek yang disifatkan sebagai satu medium penting dalam membentuk sahsiah diri, memperkukuh kemahiran insaniah serta mengembangkan potensi pelajar secara holistik.

“Setiap pelajar mempunyai keperluan dan potensi berbeza. Kita tidak boleh hanya fokus kepada akademik semata-mata hingga mengabaikan aspek mental, fizikal dan kerohanian. Program sebegini mampu membina pelajar secara seimbang,” ujarnya.

Karnival anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak itu telah berlangsung dari 14 hingga 17 April 2025 dan melibatkan pelajar dari pelbagai latar umur, kaum dan pendidikan.

Antara acara utama ialah Minggu Penulis Remaja, Pameran dan Jualan Buku, serta pertandingan seperti Deklamasi Sajak, Dendangan Syair, Penglipur Lara Moden, Pertandingan Baca Berita, Pantas Jawi, Mewarna dan Bercerita. Program sampingan termasuk Persembahan Boneka, Wacana Tokoh dan Bengkel Celik Jawi. – UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SJKC Su Lai sekolah pertama dicadang pasang bilik darjah pintar
Next: RM3 bilion laksana inisiatif pendidikan menyeluruh lima tahun akan datang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.