
BINTULU: Pendidikan tidak boleh diabaikan kerana ia merupakan asas penting dalam melahirkan generasi masa depan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.
Beliau berkata, sekolah perlu sentiasa disokong dengan kemudahan yang baik supaya murid mendapat persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
“Bumbung baharu ini bukan sahaja menyediakan ruang yang lebih selamat kepada murid dan guru ketika hujan, malah membolehkan kawasan sekolah dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan pembelajaran dan aktiviti.
“Pendidikan merupakan asas utama dalam melahirkan generasi masa depan, dan dalam apa jua keadaan, ia tidak boleh diabaikan.
“Saya akan terus berusaha menyokong sekolah serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif untuk anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Tadika Hikmah, Kampung Assyakirin di sini hari ini bagi meninjau projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bumbung baharu serta menyaksikan majlis penyerahan rasmi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada pihak pengurusan sekolah.
Menurut Johnny, bumbung baharu itu membolehkan kawasan sekolah digunakan secara optimum tanpa terjejas oleh faktor cuaca sekali gus meningkatkan keberkesanan aktiviti pembelajaran.
Oleh Carolyne Utih