Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Pendidikan teknikal dan vokasional diperkasa melalui TECHON 2025 di Kuching
  • TEKNOLOGI

Pendidikan teknikal dan vokasional diperkasa melalui TECHON 2025 di Kuching

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK, Dr. Shamsuri Abdullah berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Teknologi dan Inovasi (TECHON) 2025, hari ini.

KUCHING: Pendidikan teknikal dan vokasional terus diperkasa melalui jalinan kerjasama rentas negara apabila Persidangan Antarabangsa Teknologi dan Inovasi ke-8 (TECHON) 2025 secara rasmi membuka tirainya di sini, hari ini.

Bertemakan ‘AI, TVET dan Tenaga Boleh Diperbaharui: Memandu Masa Depan Lestari melalui Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)’, persidangan ini menghimpunkan lebih 220 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk penyelidik, ahli akademik, pemain industri serta pembuat dasar dari serata dunia.

Mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK, Dr. Shamsuri Abdullah, menyifatkan persidangan ini sebagai ruang strategik untuk membina jaringan penyelidikan dan memacu agenda transformasi pendidikan negara.

“Persidangan ini merupakan manifestasi komitmen bersama dalam memajukan teknologi, inovasi dan pembangunan lestari menerusi pendidikan TVET. 

“Kehadiran para peserta, rakan kerjasama dan tetamu kehormat mencerminkan tekad kolektif kita untuk melangkah lebih jauh dalam memperkasakan bakat dan kemahiran untuk masa depan,” ujarnya ketika berucap pada majlis pembukaan TECHON 2025, hari ini. 

Menurutnya, gabungan tiga tonggak utama merangkumi AI, TVET dan tenaga boleh diperbaharui adalah merupakan pemacu utama kepada transformasi negara menuju era ekonomi hijau dan digital.

“Kecerdasan Buatan (AI) menjadi pemangkin kepada kecekapan dan keputusan berasaskan analisis, manakala TVET kekal sebagai tunjang utama dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi,” tambahnya.

“Usaha seperti penubuhan Pusat Kecemerlangan (CoE), pembaharuan kurikulum, dan latihan semula tenaga kerja merupakan komponen penting dalam merealisasikan transformasi pendidikan negara.” Katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kolaborasi antara institusi TVET dan industri adalah kunci kejayaan dalam membina tenaga kerja masa depan.

Persidangan selama dua hari ini berlangsung secara hibrid dan dijangka akan menjadi landasan penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang TVET, teknologi dan inovasi.

Oleh Adele Rissa

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: TECHON 2025 himpun 220 peserta dalam dan luar negara
Next: OpenAI perkenal dua model AI baharu yang boleh disuaikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.