PEMAIN yang mengambil bahagian dalam Pertandingan MAKSAK Sarawak Games 2022 – Bola Jaring antara Kelab Gabungan MAKSAK Sarawak.
KUCHING: Pasukan Pendidikan Sarawak berjaya menundukkan Jabatan Premier Sarawak (JPS) dengan keputusan 52 – 13 sekaligus menjuarai pertandingan MAKSAK Sarawak Games 2022- Bola Jaring antara Kelab Gabungan MAKSAK Sarawak kali ini.
Tempat ketiga pula dikongsi bersama oleh pasukan UNIMAS dan KASTAM.
Majlis Penutupan Pertandingan Bola Jaring MAKSAK Sarawak Games 2022 Antara Kelab Gabungan Maksak Sarawak anjuran Kelab Sokanjaya Sarawak (JKR) disempurnakan Timbalan Pengarah (Bangunan & Khidmat Pakar) JKR Sarawak, Siti Nurainawati Aini bersama Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak, Semawi Mohamad pada 12 Jun bertempat di Arena Futsal, UNIMAS.
Seramai lapan buah pasukan menyertai pertandingan yang telah dianjurkan Kelab Sokanjaya Sarawak (JKR) pada tahun ini.
Antara pasukan yang turut bertanding terdiri daripada Jabatan Kerja Raya (JKR A), Jabatan Kerja Raya (JKR B), Jabatan Premier Sarawak (JPS)
UNIMAS, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB A), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Pendidikan Sarawak (PSKPP) dan Medical Sri Aman.
Turut disampaikan anugerah bagi Kategori Pemain Terbaik (Best Player) yang dimenangi Izumi Nillie (Maksak Sarawak), Penyerang Terbaik (Best Attacker), Katherine Khoo Sen Sen (Pendidikan), Pertahanan Terbaik (Best Defender), Noorshafinaz Abdul Kadir (Pendidikan) dan Penjaring Terbanyak, Audrey Shalini a/p Anathan.
Penyampaian hadiah serta sijil disampaikan bersama oleh Siti Nurainawati Aini dan Semawi Mohamad.
Oleh NUR AIN OTSMAN