Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pendidikan percuma bukti keprihatinan GPS terhadap masa depan anak Sarawak
  • TEMPATAN

Pendidikan percuma bukti keprihatinan GPS terhadap masa depan anak Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
AHLI Parlimen Sri Aman Dato Sri Doris Sophia Brodie menerima cenderamata pada Majlis Pengerami Pra Gawai Dayak PIBG SK Munggu Bringin dekat sini semalam. Foto: Ahli Parlimen Sri Aman

SRI AMAN: Anak Sarawak seharusnya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kepimpinannya yang berwawasan jauh serta mendambakan rakyat terutamanya dalam menekankan kepentingan pendidikan demi masa depan Sarawak yang lebih cerah.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata pendidikan adalah merupakan satu cabang yang amat penting sekali terutamanya untuk di kawasan luar bandar, tanpa pendidikan yang baik kawasan luar bandar akan terus ketinggalan jika dibandingkan dengan kawasan bandar.

“Oleh sebab itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat menekankan hal pendidikan, terutamanya dasar pendidikan percuma di institut-institut pendidikan milik kerajaan Sarawak sendiri.

“Ia adalah untuk kesinambungan pendidikan anak-anak Sarawak. Kalau kita di kawasan Sri Aman khasnya tidak mengambil kesempatan serta merebut peluang masuk ke institusi ini amat rugi kerana pendidikan percuma ini disediakan bermula pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pengerami Pra Gawai Dayak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringin dekat sini semalam.

Doris berkata terdapat beberapa inisiatif utama kerajaan GPS dalam menyokong sektor pendidikan, antaranya pendidikan menyeluruh di seluruh Sarawak, pendidikan dan bantuan kewangan untuk tahun 2025, termasuk wang saku sebanyak RM1,200 kepada pelajar anak watan Sarawak di lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta.

Selain itu katanya lagi, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar melalui Program Dwibahasa (DLP) di sekolah rendah dan menengah di Sarawak dan sebagainya.

Doris turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM8,000 kepada PIBG SK Munggu Bringin, serta tiga unit Smart TV bagi melengkapkan enam unit yang telah disumbangkan beliau sebelum ini melalui Dana Bantuan Khas.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesta Saratok 2025 tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Negeri
Next: 234 pasukan bomba komuniti ditubuh di Sarawak sejak 2021

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.