Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan menyeluruh perlu diperkukuh lahirkan generasi berdaya saing
  • PENDIDIKAN

Pendidikan menyeluruh perlu diperkukuh lahirkan generasi berdaya saing

Utusan Sarawak 3 hours ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Pelajar Cemerlang SK St. Anthony, Bintulu.

BINTULU: Pembangunan pendidikan yang berfokus kepada pembentukan murid secara menyeluruh perlu terus diperkukuh bagi melahirkan generasi berpengetahuan, berakhlak serta mampu bersaing dalam persekitaran yang semakin mencabar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, pendidikan tidak seharusnya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya merangkumi pembinaan sahsiah, disiplin dan nilai murni yang menjadi asas kejayaan jangka panjang.

“Pengiktirafan terhadap pencapaian murid bukan sahaja menghargai usaha mereka, malah berperanan sebagai suntikan motivasi untuk terus meningkatkan potensi diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) St. Anthony, di sini.

Menurutnya, budaya persaingan sihat dalam persekitaran pembelajaran mampu membentuk keyakinan diri murid serta menggalakkan sikap positif terhadap proses pembelajaran.

“Yang lebih penting, murid perlu dididik agar menjadikan ilmu sebagai bekalan sepanjang hayat dan bukan sekadar untuk memperoleh anugerah atau pengiktirafan,” katanya lagi.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang menyerahkan cek sumbangan UNIFOR kepada wakil Lembaga Pengurusan Sekolah SK St. Anthony sambil disaksikan barisan pentadbiran sekolah pada majlis berkenaan.

Johnny Pang turut merakamkan penghargaan kepada para pendidik atas dedikasi berterusan dalam memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran sentiasa dipertingkatkan, selain mengiktiraf peranan ibu bapa dan penjaga sebagai rakan strategik sekolah.

Selain itu, beliau juga menzahirkan tahniah atas pencapaian membanggakan institusi pendidikan berkenaan dalam penilaian Program Dwibahasa (DLP) 2025, yang menyaksikan lima murid memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, di samping kejayaan dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau berharap usaha bersepadu semua pihak dalam memperkasa pendidikan akan terus melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, sahsiah dan kemahiran, seterusnya menjadi aset penting kepada pembangunan negeri dan negara.

Pada majlis sama, Johnny Pang menyampaikan dua cek sumbangan daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM200,000 kepada Lembaga Pengurusan Sekolah SK St. Anthony bagi menyokong pembangunan sekolah serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pengiktirafan UEC uji keupayaan tadbir urus negara
Next: Peruntukan RTP disalurkan secara menyeluruh kepada sekolah di DUN Bukit Begunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.