Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Pendidikan maya mudahkan pengajian
  • STAIL

Pendidikan maya mudahkan pengajian

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGALAMAN BAHARU… Putri Nur Zarra Aisyah, merasa seronok menyiapkan
latihan sekolah.

AKUN GIMAN

PLATFORM pembelajaran secara atas  talian dan digital menjadi  penyelesaian terbaik untuk para pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPC) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Segala usaha tersebut adalah demi untuk memastikan pelajar terutama mereka yang akan menduduki peperiksaan besar,  tidak ketinggalan silabus pelajaran.

Pelbagai medium digunakan guru dalam menyampaikan PdPC dengan berkesan, antaranya Facebook (FB) Live, YouTube, WhatsApp dan Google Classroom.

Seorang ibu dikenali sebagai Jawai Jelaping,32, menyambut baik inisiatif murni yang diperkenalkan oleh pelbagai pihak sepanjang PKP ini.

Katanya, melalui inisiatif tersebut anaknya dapat menjalani pembelajaran dan membuat latihan walaupun mereka tidak berada dalam  kelas.

“Saya sebagai ibu amat berterima kasih dan menyambut baik inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan ini,” jelasnya yang juga seorang penjawat awam.

Menurutnya, pihak sekolah telah menyediakan satu ‘link’ untuk menyampaikan pelbagai maklumat, termasuk arahan, pembelajaran dan latihan.

“Anak saya dikenali sebagai Jacqelin Natlie Nicholas berusia empat tahun, pelajar salah sebuah tadika di Sarikei amat teruja membuat ulangkaji dan latihan melalui inisiatif ini,” ujarnya.

Sementara itu, Manisah Sedri,55, dari Daro berkata, ia adalah satu inisiatif yang amat baik memandangkan guru-guru tidak dapat menjalankan kelas secara formal.

“Namun, pembelajaran secara online dapat membantu anak- anak kita di rumah,” ujarnya dengan nada yang lega.

Katanya, selain itu juga disediakan jadual TV pendidikan memang amat membantu semua pelajar dalam tempoh PKP ini.

“Justeru, kita sebagai ibubapa di rumah harus memainkan peranan masing-masing sebagai guru di rumah dengan memantau anak-anak kita belajar secara atas talian dan terus memberi kata-kata peransang kepada mereka,” ujarnya lagi.

Manisah amat berterima kasih di atas usaha murni kerajaan kerana memperkenalkan inisiatif pembelajaran atas talian sepanjang tempoh PKP.

“Ini sudah jelas menunjukkan kerajaan prihatin dengan pendidikan anak-anak kita agar tidak ketinggalan dalam aspek pendidikan sepanjang tempoh perlaksanaan PKP ini,” ujar beliau.

Pelajar Tahun Satu salah sebuah sekolah rendah di sini, Audrey Fiona,7, memanfaatkan pembelajaran atas talian untuk meneruskan sesi pembelajaran dan membuat kerja-kerja yang diberikan oleh gurunya.

“Setiap hari guru saya memberikan pembelajaran dan latihan kepada kami. Meskipun sesi persekolahan dalam kelas belum dibuka, tetapi melalui cara ini kami boleh terus berinteraksi dengan guru

“Walaupun pembelajaran dan latihan melalui alam maya tetapi ia menyeronokkan dan memberi pengalaman baru kepada saya.

“Saya seronok melakukan latihan menggunakan aplikasi ini,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Memperkasa industri binaan dengan Kecerdasan Pintar
Next: Seni Khat jadi penyeri ruang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.