Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan mampu ubah masa depan
  • PENDIDIKAN

Pendidikan mampu ubah masa depan

Utusan Sarawak 3 hours ago
WONG Soon Koh bergambar kenangan pada majlis perasmian sambutan Ulang Tahun ke-78 SJK ( C ) Kee Tee, Long Lama, semalam.

LONG LAMA: Sekolah luar bandar memerlukan kemudahan mencukupi untuk menjamin pembelajaran yang berkualiti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh.

Beliau mengesa pihak Lembaga Pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) Kee Tee Long Lama terus berusaha mendapatkan sumber baharu bagi memastikan penyelenggaraan berterusan, menarik infrasrtruktur serta bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mengurangkan kadar pertukaran guru dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.

Beliau turut menekankan bahawa penglibatan ibu bapa adalah nadi kekuatan sekolah ini manakala budaya ‘satu kampung menjaga sekolah’ terus diperkukuhkan untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di majlis perasmian sambutan Ulang Tahun ke-78 SJK(C) Kee Tee Long  Lama di sini, semalam. 

Dalam pada itu, Wong turut mengajak seluruh komuniti untuk bersama-sama memperkukuhkan sekolah tersebut sebagai pusat pendidikan yang menyatukan anak-anak peribumi dan Cina serta menjadikan pendidikan sebagai kuasa yang mampu mengubah masa depan.

TAHNIAH… Jasmine Lidam memenangi cabutan bertuah, kereta Perodua Axia  sempena sambutan Ulang Tahun ke -78 SJK(C) Kee Tee Long Lama, semalam.

Sambutan ulang tahun berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti cabutan bertuah di mana kereta Perodua Axia dimenangi Jasmine Lidam,25, yang membeli tiga tiket cabutan bertuan bernilai RM100 setiap satu tiket.

Perkara menarik pada sambutan Ulang Tahun ke-72 sekolah tersebut, mendiang ibu Jasmine sebelum ini turut memenangi hadiah utama juga skereta Perodua Axia.

Pada majlis tersebut Wong turut mengumumkan pruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM5,000 kepada pihak sekolah.

Oleh Jiku Juguong  

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak beri bantuan khas untuk pelajar – tuisyen percuma, laptop, baucar buku, subsidi diskaun PTPTN, subsidi penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.