Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan kunci ubah kehidupan masyarakat – ADUN Krian
  • PENDIDIKAN

Pendidikan kunci ubah kehidupan masyarakat – ADUN Krian

Utusan Sarawak 6 hours ago
FRIDAY Belik semasa menyempurnakan Majlis Penangguhan Mesyuarat Agung PIBG SMK Saratok di Dewan Sri Sebetan, dekat sini semalam. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Pendidikan merupakan kunci utama dalam mengubah kehidupan masyarakat dan menjadi asas kemajuan komuniti sejak awal tamadun lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, hanya melalui pendidikan masyarakat mampu keluar daripada belenggu kemiskinan, meningkatkan taraf hidup serta melahirkan generasi berilmu yang mampu memimpin masa depan negara.

Menurut beliau, justeru komuniti setempat perlu memberi fokus lebih serius serta komited memastikan anak dan cucu masing-masing mendapat pendidikan secukupnya tanpa tercicir.

Katanya, ibu bapa dan penjaga memainkan peranan besar dalam mencorakkan kejayaan anak-anak dengan sentiasa memberi galakan, sokongan moral serta menyediakan suasana pembelajaran yang baik di rumah.

Selain itu, beliau menegaskan masyarakat juga perlu bergerak aktif melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi membantu, menyokong serta bekerjasama rapat dengan pihak sekolah.

“Kerjasama erat antara ibu bapa, guru dan masyarakat mampu mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih mantap, selesa dan kondusif demi masa depan anak-anak kita,” katanya.

ADUN Krian merakamkan kenangan bersama dengan warga SMK Saratok dan ibu bapa serta penjaga yang menghadiri Majlis Penangguhan Mesyuarat Agung PIBG. Foto: ADUN Krian

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penangguhan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok di Dewan Sri Sebetan, semalam.

Dalam majlis sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengetua serta seluruh warga pendidik sekolah berkenaan yang disifatkan komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Usaha berterusan itu, katanya, telah membolehkan sekolah berkenaan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 selain menyerlah dalam bidang kokurikulum sepanjang tahun lalu.

Mesyuarat agung yang turut memilih ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2026 hingga 2028 itu dihadiri seramai 580 ibu bapa dan penjaga, sekali gus membuktikan sokongan padu komuniti terhadap agenda pendidikan setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program kesedaran kebakaran latih warga SK Sungai Mador hadapi kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.