Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pendidikan kesihatan terus dipertingkatkan
  • TEMPATAN

Pendidikan kesihatan terus dipertingkatkan

Utusan Sarawak 4 years ago
PERBINCANGAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendengar sesi taklimat mengenai program dos penggalak Covid-19 Bahagian Miri. Turut kelihatan Dato Sri Lee Kim Shin.

KUCHING: Program pendidikan kesihatan untuk membimbing masyarakat terutama penduduk pedalaman berkenaan cara penjagaan kesihatan dan komuniti akan terus dipertingkatkan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia sebagai usaha untuk melindungi mereka daripada penularan jangkitan Covid-19.

Selain itu katanya, usaha tersebut juga bertujuan mendedahkan kepada masyarakat bagaimana memantau status kesihatan mereka yang dijangkiti sehingga dapat mengurangkan kes kritikal di hospital dan klinik.

Sehubungan itu kata Uggah,  JPBNS akan memberi tumpuan kepada pendidikan awam ini terutama di rumah panjang dan kampung di seluruh negeri dan Program Strategi Kepolisian Masyarakat memainkan peranan penting di untuk tujuan itu.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat mengenai program dos penggalak Bahagian Miri Covid -19 dan program pelalian vaksinasi remaja di Universiti Curtin di Miri, semalam.

Sementara itu Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri turut memuji Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri kerana telah menjalankan program vaksinasi dengan baik.

Katanya, Bahagian Miri merupakan kawasan paling mencabar untuk tugas berkenaan memandangkan kawasan pedalamannya yang sangat besar, kawasan yang sukar dan mempunyai bilangan rakyat di kawasan pedalaman yang agak ramai.

“JPBB Miri telah melakukan tanggungjawab yang sangat baik dengan kerjasama penuh semua jabatan dan agensi kerajaan, badan korporat termasuk Universiti Curtin.

 “JPBNS juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) karena telah membantu dari segi aset pengangkutan dalam menghantar bekalan vaksin dan perubatan di setiap bahagian,” katanya.

Sejurus setelah sesi taklimat, Uggah diiringi Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin turut mengadakan lawatan ke program pelalian vaksinasi remaja di Universiti Curtin.

Oleh SYAMIMI HUSNA

Continue Reading

Previous: Uggah lawat PPV Awam Miri
Next: PRN Sarawak diawalkan?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.