Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan kesihatan reproduktif remaja perlu penerimaan terbuka
  • PENDIDIKAN

Pendidikan kesihatan reproduktif remaja perlu penerimaan terbuka

Utusan Sarawak 13 hours ago
MERIAH… Dato Sri Nancy Shukri menyempurnakan gimik perasmian Khatan Perdana sempena Program Advokasi Pekerti di SK Gersik, hari ini.

PETRA JAYA: Masyarakat perlu lebih terbuka terhadap pendedahan pendidikan kesihatan reproduktif, khususnya dalam kalangan remaja yang semakin terdedah dengan cabaran media sosial dan perubahan gaya hidup masa kini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, masih terdapat segelintir pihak yang beranggapan usaha memberi ilmu itu seolah-olah membuka ruang untuk remaja mencuba perkara yang tidak sepatutnya.

“Sebaliknya, ia adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mereka mengenai nilai serta batas yang perlu dipatuhi. 

“Kalau kita terus elak, remaja akan mencari maklumat sendiri tanpa panduan yang betul, akhirnya memberi kesan kepada diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

UNTUK ALBUM… Dato Sri Nancy Shukri bergambar bersama para peserta dan pihak penganjur. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Advokasi Pekerti Peringkat Negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik, di sini, hari ini.

Nancy menegaskan, remaja seawal usia 13 tahun, iaitu apabila melangkah ke sekolah menengah, wajar diberi pendedahan mengenai kesihatan reproduktif melalui bimbingan pakar.

“Kalau mereka terjebak dalam aktiviti seksual sebelum berkahwin, kesannya bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat. Sebab itu penting kita sediakan ruang dengan pengisian yang tepat,” ujarnya.

Menurutnya, pendidikan kesihatan reproduktif juga tidak hanya bergantung kepada sekolah semata-mata, sebaliknya ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam membentuk kefahaman berlandaskan nilai dan budaya yang baik.

GEMBIRA… Kanak-Kanak diraikan dengan siraman air oleh JBPM Petra Jaya sebelum dikhatankan di SK Gersik.

“Kita mahu masyarakat berpegang kepada nilai-nilai yang kita anjurkan bukan kerana dipaksa kerajaan, tetapi kerana ia menjadi pegangan keluarga dan budaya. Supaya anak-anak ini bila keluar nanti merekalah yang akan menjadi bertanggungjawab,” katanya.

Nancy menambah, kerajaan bersama agensi berkaitan akan terus memperkukuh usaha itu dengan menambah pakar-pakar bersesuaian agar mesej dapat disampaikan secara lebih berkesan.

Pada program anjuran kementeriannya bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu, turut diadakan Khatan Perdana yang melibatkan pelajar seramai 100 pelajar dari SK Gersik, Sk Matu Baru, SK Astana dan SK Pulo.

Antara pengisian lain pada program tersebut termasuklah, Pemerkasaan Lelaki & SRH (Kesihatan Seksual dan Reproduktif) untuk Remaja Lelaki, Ayah & Anak: Duo Hebat serta pendekatan modul Sakinah. 

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 33 Pelajar SMK Balleh teroka budaya, ilmu di Kuching
Next: AADK Miri jayakan program antidadah bersama SK Sungai Seputi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.