Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan digital: SJKT Rantau raih pengiktirafan MBR
  • PENDIDIKAN

Pendidikan digital: SJKT Rantau raih pengiktirafan MBR

Utusan Sarawak 6 hours ago
WAKIL Malaysia Book of Records menyampaikan sijil pengiktirafan kepada warga SJKT Rantau atas pencapaian pemasangan 14 panel interaktif pintar di semua kelas sekolah berkenaan.

SEREMBAN: Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rantau melakar kejayaan menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) atas pencapaian pemasangan panel interaktif pintar terbanyak bagi sekolah Tamil.

Sebanyak 14 unit panel interaktif pintar bersaiz 75 inci atau 190.5 sentimeter dipasang di semua kelas yang dapat memanfaatkan 300 pelajar termasuk murid prasekolah bagi memperkasakan pendidikan digital, hasil usaha murni Pengarah Urusan Linsun Engineering Sdn Bhd, Datuk M. Natarajen dan Pengarah Operasi syarikat berkenaan Datuk M. Satishkumar.

Bekas Ahli Dewan Negara, Datuk T. Mohan berkata, inisiatif itu bukan sekadar penambahan kemudahan, tetapi satu langkah transformasi bagi melonjakkan standard pendidikan sekolah ke tahap lebih tinggi.

“Terima kasih kepada dua beradik, Datuk Natarajen dan Datuk Satishkumar, yang juga bekas murid sekolah ini. Kejayaan mereka dalam kerjaya serta kesediaan untuk kembali berbakti kepada sekolah ini wajar dijadikan teladan oleh generasi pelajar masa kini.

“Saya berharap semua pelajar dapat memanfaatkan penggunaan teknologi ini bagi meningkatkan prestasi akademik serta melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Turut hadir pada majlis tersebut wakil MBR Edwin Yeoh Tiong Chin dan Guru Besar SJKT Rantau K. Mageswary serta pimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan murid sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Mageswary berkata sumbangan tersebut menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan pembelajaran berteraskan teknologi di sekolah berkenaan.

“Saya percaya sekolah ini terus menerajui kecemerlangan pada masa akan datang kerana kemudahan disediakan lengkap serta memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya.

Beliau berkata, guru di sekolah tersebut juga mahir dalam pengendalian teknologi digital, sekali gus membolehkan sesi pembelajaran dilaksanakan secara lebih interaktif, sistematik dan berkesan. 

Mageswary berkata, usaha itu juga selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan mata pelajaran Alam dan Manusia berteraskan elemen digital mulai 2027, sekali gus menjadi langkah penting melahirkan generasi murid celik dan kompeten digital. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: ADUN Bukit Begunan saran ibu bapa pilih sekolah aliran Cina demi masa depan anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.