Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan digital perkasa masa depan pelajar luar bandar – Doris
  • PENDIDIKAN

Pendidikan digital perkasa masa depan pelajar luar bandar – Doris

Utusan Sarawak 6 hours ago
DORIS menyampaikan 10 unit Smart TV yang diserahkan kepada Yang Dipertua PIBG serta Guru Besar SK Paku bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Pendidikan merupakan asas utama dalam membentuk masa depan generasi muda dan hanya melalui pendidikan berkualiti, masyarakat mampu melangkah ke hadapan dengan penuh kebijaksanaan serta daya saing, kata Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie.

Beliau berkata, pendidikan bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar untuk meningkatkan taraf hidup, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara secara menyeluruh, khususnya dalam menghadapi cabaran dunia moden yang semakin berteraskan teknologi dan pendigitalan.

Menurutnya, inisiatif memperkukuh kemudahan pembelajaran digital di sekolah luar bandar perlu diberi keutamaan agar pelajar tidak tercicir daripada arus kemajuan, seiring dengan aspirasi kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

“Menjadi harapan besar saya agar para pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Paku dapat memanfaatkan sepenuhnya pembelajaran e-pembelajaran dan pendigitalan sebagai medium untuk menimba ilmu, memperluaskan pengetahuan serta memperkasa potensi diri selaras dengan keperluan dunia moden,” katanya.

Sementara itu, satu majlis ringkas penyerahan sumbangan pendidikan yang diadakan di SK Paku, Ulu Undop, di sini, hari ini, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong ekosistem pembelajaran berasaskan teknologi.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 10 unit Smart TV telah diserahkan kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Guru Besar SK Paku bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Doris berkata, penyediaan peralatan digital seperti Smart TV mampu menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif, menarik dan berkesan, sekali gus membantu guru menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih kreatif.

Beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah dan PIBG demi meningkatkan kualiti pendidikan, melahirkan pelajar berilmu, berkemahiran digital serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sokongan berterusan pacu Kolej Tingkatan Enam Saratok capai sasaran STPM 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.