Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan berkesan putuskan rangkaian kemiskinan luar bandar
  • PENDIDIKAN

Pendidikan berkesan putuskan rangkaian kemiskinan luar bandar

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Majlis Kesyukuran SPM serta STPM 2024 di SMK Spaoh, dekat sini semalam. Foto ADUN Bukit Saban

SPAOH: Pendidikan diiktiraf sebagai alat paling berkesan dalam memutuskan rantaian kemiskinan luar bandar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan komitmen kerajaan negeri memperluas peluang pendidikan kepada anak-anak Sarawak.

“Pendidikan adalah jalan terbaik untuk membina masa depan anak-anak luar bandar, namun ia memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, guru, ibu bapa dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Kesyukuran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, dekat sini semalam.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut merakamkan penghargaan kepada para guru atas dedikasi tinggi melahirkan pelajar cemerlang.

“Kejayaan pelajar ini adalah hasil usaha kolektif, terima kasih kepada semua guru atas dedikasi luar biasa yang menjadi inspirasi kepada generasi akan datang,” ujarnya.

Uggah turut menggesa ibu bapa agar lebih peka terhadap pendidikan anak-anak dan aktif menyokong perkembangan mereka.

Mengulas dasar pendidikan negeri, beliau berkata Sarawak sedang merancang untuk menawarkan pendidikan percuma di universiti milik penuh kerajaan negeri menjelang 2026.

“Universiti ini akan menawarkan pendidikan percuma dalam bidang bidang Sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada anak Sarawak agar mereka bersedia menyahut peluang dalam ekonomi berkemahiran tinggi yang sedang pesat berkembang,” katanya.

Sebagai tanda sokongan terhadap pendidikan di kawasan Spaoh, beliau mengumumkan sumbangan RM30,000 kepada Tabung Pendidikan SMK Spaoh daripada beliau sendiri, manakala Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu turut menyumbang RM10,000.

Dr Richard juga mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak RM70,000 bagi pemasangan skrin LED baharu di sekolah tersebut dalam usaha meningkatkan kemudahan pembelajaran digital.

Selain itu, pemberian insentif khas kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM, serta sumbangan RM5,000 untuk sistem siaraya baharu di Dewan Sinaran SMK Spaoh juga turut diumumkan.

“Pelaburan dalam pendidikan adalah pelaburan masa depan kerana kita mahu anak-anak kita berjaya bukan sahaja dalam akademik, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan negeri,” tegas Uggah.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pertandingan Katak Borneo Antarabangsa, tamat dengan gema kesedaran biodiversiti Borneo
Next: Karnival Pendidikan HITS 2025 tawar peluang pengajian dan bantuan pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.