Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pendidikan awal asas penting bentuk generasi masa depan
  • Tengah
  • WILAYAH

Pendidikan awal asas penting bentuk generasi masa depan

Utusan Sarawak 5 months ago
KANAK-kanak kelihatan gembira dan bersemangat beratur untuk naik ke pentas menerima sijil graduasi mereka, diiringi tepukan gemuruh daripada ibu bapa dan guru.

BINTULU: Pendidikan awal merupakan asas penting dalam pembentukan generasi masa depan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang.

Menurutnya, peranan pendidikan awal dalam membentuk keyakinan, kebijaksanaan, dan keberanian kanak-kanak menghadapi cabaran masa depan.

“Anak-anak ini adalah harapan kita, jadi pendidikan awal yang mereka perolehi akan menjadi asas kukuh untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.

“Saya yakin mereka akan membesar menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, dan negara,” katanya ketika berucap pada  Majlis Graduasi dan Hari Keluarga Tadika Bandar Jaya ke-26 di DinnerWorld Restaurant di sini, malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau turut memuji dedikasi guru-guru serta sokongan ibu bapa yang menjadi tunjang kepada kejayaan anak-anak tersebut.

“Guru-guru adalah pemangkin utama, sementara kasih sayang dan sokongan ibu bapa adalah dorongan terbesar kepada mereka.

“Usaha kolektif ini amat penting untuk masa depan anak-anak,” tambahnya.

Justeru, Johnny Pang berharap program seumpama itu dapat diteruskan bagi memupuk semangat belajar sejak usia muda dan mencetuskan impak positif dalam masyarakat.

Majlis tersebut turut menyaksikan pelbagai persembahan kreatif daripada kanak-kanak, menggambarkan keyakinan dan bakat mereka hasil bimbingan para pendidik di Tadika Bandar Jaya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kekal 90
Next: Projek Bebuling STOLport, Jambatan Sg Paku dijangka siap ikut jadual – Uggah  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.