Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan aset masa depan, bina kehidupan ummah lebih baik
  • PENDIDIKAN

Pendidikan aset masa depan, bina kehidupan ummah lebih baik

Utusan Sarawak 14 hours ago
SELAMAT BERMESYUARAT… Awang Tengah bersama Morliah pada perasmian Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan Lawas kali ke-33 di Lawas.

LAWAS: Umat Islam perlu menekankan pendidikan sebagai aset masa depan dalam memastikan kehidupan yang lebih baik.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada ekonomi baharu yang akan mencorak pembangunan berterusan di Sarawak.

“Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang umat Islam dan aset penting dalam menghadapi perubahan zaman. Segalanya digerakkan oleh ilmu pengetahuan, justeru kita menekankan kepentingan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kemahiran.

“Teknologi berkembang dengan pesat, termasuk kecerdasan buatan (AI) serta banyak sektor ekonomi kini berasaskan ilmu dan kemahiran,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lawas kali ke-33 di sebuah hotel di sini, hari ini.

TERIMA KASIH… Morliah menyampaikan cenderamata kepada Awang Tengah atas sokongan berterusan kepada PERKIM.

Awang Tengah memuji kepimpinan Perkim Cawangan Lawas yang berjaya menganjurkan pelbagai program keagamaan, kebajikan, kemasyarakatan, ekonomi, dan pendidikan. Semua inisiatif ini selaras dengan aspirasi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga Yang di-Pertua PERKIM Malaysia.

Hadir sama Pengerusi PERKIM Cawangan Lawas, Dato’ Dayang Morliah Datuk Awang Daud; Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok; serta tetamu kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak beri bayangan pendidikan percuma berpotensi diperluas ke universiti awam -Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.