

SIBU: Pendidikan merupakan asas penting dalam membentuk generasi yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia.
Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan generasi masa depan yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai jati diri yang kukuh.
“Saya berharap warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Papit akan terus mengekalkan budaya kecemerlangan agar sekolah tersebut terus melahirkan pelajar yang berjaya serta menjadi kebanggaan masyarakat setempat,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Gawai Ngiling Bidai di SK Bukit Papit di sini, semalam.

Ahmad Johnie turut menegaskan kepentingan semangat kebersamaan serta sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara.
Sambutan Gawai Ngiling Bidai yang diadakan itu turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat, di samping memelihara warisan budaya masyarakat Dayak.
Oleh Akun Giman